web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Filem Venice Terkena Tempias Mogok Hollywood

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 3:16PM

Festival Filem Venice turut terkesan dengan mogok penggiat seni di Hollywood sejak Mei lalu. - gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VENICE - Masih belum jelas bintang yang akan hadir pada Festival Filem Venice ke-80 yang berlangsung pada 30 Ogos di Itali berikutan mogok berterusan di Hollywood.

Adam Driver, Sofia Coppola dan Mads Mikkelsen mungkin antara mereka yang tidak hadir, menurut jurucakap festival itu.

Festival filem itu bermula pada 7 malam (1700 GMT) pada Rabu, dengan tayangan pembukaan filem 'Comandante' arahan pengarah Itali Edoardo De Angelis.

Filem itu mengisahkan seorang komander kapal selam Itali dalam Perang Dunia II yang membuat keputusan berani dalam pelayaran di Atlantik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

'Comandante' adalah antara 23 filem yang bersaing untuk merebut hadiah utama Golden Lion yang akan dianugerahkan pada 9 Sept.

Pengarah Jerman Timm Kroeger mempertaruhkan 'The Theory of Everything', yang akan ditayangkan pada 3 Sept.

Selain itu, filem baharu David Fincher (dikenali kerana 'Fight Club' 'Seven'), Luc Besson ('Léon - The Professional'), Sofia Coppola ('Lost in Translation'), Michael Mann ('Heat'), Pablo Larraín ('Spencer'), Ryusuke Hamaguchi ('Drive My Car') atau Bradley Cooper ('A Star Is Born'), turut bersaing.

Penulis Hollywood melancarkan mogok sejak 2 Mei. Pelakon yang diwakili oleh SAG-AFTRA berhenti kerja pada 14 Julai, dengan kedua-dua kesatuan sekerja sedang menunggu bayaran yang lebih baik dalam penstriman dan perlindungan terhadap penggunaan kecerdasan buatan.

Sesetengah pemerhati menjangkakan isu panas di Hollywood itu akan berterusan sehingga musim luruh, sementara menunggu musim baharu penyiaran televisyen dan kejatuhan ekonomi Los Angeles dan industri asasnya, kembali pulih. - BERNAMA-XINHUA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar