web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taikun Hartanah Srettha Thavisin Dipilih Sebagai PM Baharu Thailand

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 8:24PM

Taikun hartanah Srettha Thavisin dipilih sebagai perdana menteri baharu Thailand. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Taikun hartanah Srettha Thavisin dipilih sebagai perdana menteri baharu Thailand, buat kali pertama jawatan itu disandang oleh rakyat biasa dalam tempoh lebih sembilan tahun.

Pemilihan itu, sekali gus menamatkan kemelut politik yang mencengkam negara ini sejak tiga bulan lalu dan membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran baharu.

Srettha adalah calon perdana menteri tunggal dari Parti Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Shinawatra kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan dan pada Selasa mula menjalani hukuman penjara lapan tahun yang dikenakan ke atasnya.

Srettha, 60, yang juga muka baharu dalam arena politik itu menerima 482 undi, manakala 165 tidak bersetuju dan 81 lagi berkecuali.

Beliau melepasi jumlah 375 undi yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri yang membolehkannya membentuk kerajaan. 

Srettha disokong oleh gabungan 11 parti yang diketuai oleh Pheu Thai, termasuk dua pesaing yang menerima sokongan tentera: Parti Palang Pracharath (PPRP) dan United Thai Nation (UTN). Gabungan itu mempunyai 314 kerusi daripada keseluruhan 500 kerusi Dewan Rakyat.

Proses pengundian bermula pada 3.24 petang (waktu tempatan) dan berakhir 5.39 petang (waktu tempatan).

Seramai 705 ahli dewan hadir hari ini dan mereka wajib mengisytiharkan secara terbuka sama ada 'bersetuju', 'tidak bersetuju' atau 'berkecuali'.

Memiliki ketinggian 1.92 meter (6 kaki, 3 inci), Srettha adalah pemegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan awam dari Universiti Chulalongkorn dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Claremont Graduate School di Amerika Syarikat.

Beliau menyertai Pheu Thai pada tahun ini dan dilantik sebagai ketua penasihat kepada 'Keluarga Phue Thai' yang diketuai oleh anak perempuan Thaksin Shinawatra, Paetongtarn, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei.

Selain itu, Srettha juga pernah menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutif di Sansiri Plc, satu daripada pemaju hartanah terbesar Thailand, sebelum meletak jawatan pada April tahun ini.

Sementara itu, Srettha berkata beliau amat berbesar hati kerana dipilih sebagai Perdana Menteri ke-30  Thailand.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Thailand, parti gabungan, Dewan Rakyat dan Senator yang mengundi saya hari ini.

“Saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk meningkatkan kesejahteraan semua rakyat Thailand,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Srettha Thavisin Disingkir Daripada Jawatan PM Thailand

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Lawat Selatan Thailand Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bantu Hubungi Hamas Untuk Bebaskan Rakyat Thailand

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia, Thailand Tubuh Pasukan Petugas Untuk Tingkatkan Perdagangan, Pelaburan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad