web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-gara Mahu Cantik, Hidung Artis China Ini Reput Selepas Pembedahan Plastik

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 1:34PM

Gao Liu terpaksa berdepan kesakitan kesan pembedahan plastik yang dilaluinya. - Gambar dari Weibo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING – Impian seorang artis China untuk tampil lebih jelita musnah apabila bahagian hujung hidungnya menjadi reput selepas menjalani pembedahan plastik pada Oktober tahun lepas.

Selebriti tersebut, Gao Liu, 24, berkongsi beberapa gambar ngeri hidungnya yang menjadi kehitaman akibat penyakit nekrosis iaitu kematian sel, dengan lebih 5 juta pengikutnya dalam laman media sosial yang menyerupai Twitter iaitu Weibo.

Dalam hantarannya itu, Gao yang merupakan seorang penyanyi dan pernah membintangi beberapa filem serta drama di China, tidak menyangka pembedahan yang dilakukan di sebuah klinik di Guangzhou untuk membentuk semula hidungnya itu berakhir dengan tragedi yang memalukan dan menyakitkan.

Dia melakukan pembedahan itu dengan niat untuk meningkatkan lagi kerjaya seninya.

“Pada mulanya, hidung saya berasa gatal-gatal. Kemudian, ia dijangkiti kuman. Saya tidak menyangka mimpi ngeri ini bermula selepas empat jam pembedahan dilakukan. Saya rasa seperti nak bunuh diri,” kata Gao Liu, yang menjalani pembedahan di klinik berkenaan selepas diperkenalkan oleh rakannya.

Gao Liu
Gao Liu

Menurutnya, prosedur kecantikan tersebut dikendalikan oleh seorang doktor yang rupa-rupanya tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan kosmetik.

Gao Liu yang terpaksa menerima rawatan lanjut di hospital selama dua bulan juga telah mengalami kerugian sebanyak RM251,782 dan berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM1.2 juta kerana melanggar kontrak dengan majikannya dalam industri hiburan.

Untuk membetulkan semula hidungnya, Gao Liu perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun disebabkan kecederaan teruk yang dialaminya

Dia juga sedang berunding dengan klinik terbabit untuk mendapatkan pampasan.

Pembedahan plastik di China mendapat sambutan yang hebat malah dianggarkan lebih 15 juta pesakit telah menjalani prosedur berkenaan tahun lepas.

Peningkatan permintaan itu mengakibatkan banyak klinik beroperasi tanpa sijil kelayakan.- Mail Online

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad