web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Dadah Semakin Meningkat - Laporan PBB

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 9:30AM

UNODC dalam laporannya menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran dadah sintetik serta kawasan bermasalah seperti Ukraine dan Afghanistan. - Gambar hiasan pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA - Bilangan pengguna dadah global telah meningkat hampir satu perempat dalam tempoh sedekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat PBB Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) di Vienna dalam laporannya yang dikeluarkan pada Ahad turut menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran dadah sintetik serta kawasan bermasalah seperti Ukraine dan Afghanistan.

Pada 2011-2021, jumlah pengguna dadah meningkat daripada anggaran 240 juta kepada 296 juta -- peningkatan sebanyak 23 peratus, lapor Agensi Anadolu.

Menurut agensi PBB itu, kira-kira separuh daripada peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dunia. Jumlah orang yang mengalami ketagihan dadah atau penyakit meningkat 45 peratus kepada 39.5 juta dalam tempoh itu.

UNODC memberi amaran tentang percambahan dadahseperti methamphetamine, amphetamine, fentanyl dan banyak bahan baharu dibangunkan di pasaran.

"Pengeluaran ubat sintetik murah, mudah dan cepat," menurut UNODC.

Sektor perniagaan narkotik yang sangat fleksibel ini menyukarkan pihak berkuasa mengesan kerana tidak seperti kokain dan heroin, ia tidak terikat dengan kawasan pertumbuhan dan kitaran pertumbuhan tertentu.

Oleh itu UNODC memantau keadaan di Ukraine khususnya lokasi 79 makmal amphetamine, jumlah tertinggi di dunia, telah ditutup oleh pihak berkuasa pada tahun sebelum perang bermula, katanya.

Sejak pencerobohan Rusia pada awal 2022, jumlah rampasan dadah sintetik di Ukraine telah meningkat, manakala pasaran untuk bahan tersebut di negara jiran telah berkembang yang merupakan kesan akibat perang, kata Ketua Penganalisis UNODC Angela Me.

Di Afghanistan, UNODC melihat tanda-tanda penurunan dalam pengeluaran candu di bawah pemerintahan Taliban, namun pakar dadah PBB menegaskan bahawa Afghanistan bukan sahaja pengeksport utama candu dunia dan komoditi heroin, bahkan telah menjadi pengeluar utama methamphetamine.

“Badan pemantau dadah PBB juga bimbang tentang pertumbuhan berterusan pasaran kokain yang menyaksikan pasaran global dengan permintaan menjurus kepada lebih banyak bekalan dan bekalan membawa kepada lebih banyak permintaan," kata Me.

Sejumlah 2,300 tan metrik kokain dihasilkan pada 2021, katanya.

Bagaimanapun, opioid -- opiat semula jadi dan varian tiruannya -- dan kanabis terus menyumbang kepada kebanyakan kes ketagihan dan penyakit, menurut UNODC, dengan hampir 70 peratus daripada 128,000 kematian akibat dadah pada 2019 disebabkan penggunaan opioid, menurut laporan itu. - Bernama-Anadolu

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek