web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Oksigen Berbaki 40 Jam Dalam Kapal Selam Ekspedisi Titanic Yang Hilang - Pengawal Pantai AS

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 12:17PM

Kapal selam yang hilang dari pantai Newfoundland pada Ahad lalu, membawa seorang pengemudi kapal dan empat penumpang lain. - Gambar Oceangate

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TORONTO - Bekalan oksigen dalam kapal selam yang hilang dari pantai Newfoundland pada Ahad dijangka hanya mampu bertahan kira-kira 40 jam, menurut pengawal pantai Amerika Syarikat pada Selasa.

"Sekitar 40 jam bekalan oksigen yang berbaki berdasarkan laporan awal itu.

"Usaha pencarian tertumpu pada permukaan laut dengan menggunakan 130 pesawat dan radar, serta di bawah permukaan laut dengan menggunakan pesawat p3. Kami dapat menurunkan pelampung sonar pemantau, namun hingga hari ini, usaha pencarian belum membuahkan hasil," lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Kapten Jamie Frederick dari jabatan respons daerah Pengawal Pantai Pertama.

Pasukan pencarian sedang melakukan operasi di Kawasan yang terletak 900 batu di timur Cape Cod, 400 batu jauhnya di selatan St. John's, Kanada, dan memerlukan masa dan penyelarasan untuk memanfaatkan asset-aset berkenaan, yang menjadikannya operasi yang sangat kompleks, katanya.

Mengenai operasi mencari dan menyelamat, Tentera Laut AS "bersiap sedia sekiranya bantuan mereka diperlukan," menurut Rumah Putih.

Tentera Laut mempunyai "beberapa keupayaan di dalam air yang tidak dimiliki oleh Pengawal Pantai," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby dalam taklimat berita.

Pihak berkuasa di AS dan Kanada berlumba-lumba mengesan kapal selam yang terlibat dalam ekspedisi membawa pelancong ke dasar laut bagi meneroka bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara.

Kapal selam yang hilang itu membawa seorang pengemudi kapal dan empat penumpang lain, iaitu Hamish Harding, seorang bilionair British dan Paul-Henri Nargeolet, seorang penyelam terkenal Perancis. - Bernama-Anadolu

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 15 minit yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar