web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parti Pembangkang Dahului Keputusan Awal Pilihan Raya Thailand

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 7:06AM

Barisan poster dan bunting kempen pilihan raya di Thailand - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Parti pembangkang Move Forward dan Pheu Thai kini bersaing sengit untuk merebut 400 kerusi dalam pilihan raya Thailand.

Sehingga 11.30 malam (waktu tempatan), sebanyak 55 peratus kertas undi sudah pun dikira yang menyaksikan Pheu Thai dan Move Forward sedang mendahului. 

Menurut laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand, Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thailand yang dibuang negeri, Thaksin Shinawatra, memenangi 113 kerusi manakala Move Forward yang popular dalam kalangan pengundi muda memperoleh 112 kerusi.

Selain itu, parti Bhumjaithai yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul, memenangi 64 kerusi.

Parti United Thai Nation (UTN) yang menamakan Perdana Menteri Prayuth Chan O-cha sebagai calon perdana menterinya setakat ini memenangi 24 kerusi.

Ketua Move Forward, Pita Limjaroenrat, berkata: “beliau sangat gembira dengan keputusan awal itu”.

Dengan bilangan kerusi yang sudah dimenangi setakat ini, Move Forward dan Pheu Thai sepatutnya boleh membentuk kerajaan, katanya kepada pemberita.

Sementara itu, anak perempuan Thaksin, Paetongtarn Shinawatra, 36, berkata parti yang paling banyak memenangi kerusi harus memulakan langkah untuk bergabung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad