web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WHO: Tiada Bukti Virus COVID-19 Berasal Dari Wuhan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 3:18PM

WIV menjadi tumpuan utama pasukan WHO yang menjalankan siasatan asal usul virus COVID-19 - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai Institut Virologi Wuhan (WIV) dikatakan sebagai tempat asal usul virus COVID-19.

Sebaliknya, pasukan tersebut yakin dengan tahap keselamatan di kawasan itu dan memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Pasukan pakar WHO berada di China bagi menyiasat asal-usul pandemik COVID-19  dan telah melawat  WIV serta makmal institut tersebut di Wuhan, wilayah Hubei pada 3 Febuari (Rabu).

Pakar epidemiologi Institut Pasteur St. Petersburg Rusia, Dr. Vladmir Dedkov mendapati makmal berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan berpiawaian tinggi dan sangsi bagaimana virus boleh disebarkan dari kawasan tersebut.

Seorang lagi pakar, Peter Daszak, yang telah mengumpul pelbagai maklumat mengenai makmal itu mengesahkan banyak pencapaian sains dan penyelidikan berjaya dihasilkan di makmal tersebut.

Mengulas mengenai Pasar Basah Huanan pula, Dr. Vladmir Dedkov mengesahkan tiada bukti menunjukkan penularan wabak berpunca daripada pasar itu.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada  hari yang sama turut memaklumkan bahawa perbincangan antara pasukan pakar WHO dengan petugas China telah membuahkan hasil.

Tambah Wang, kerja-kerja menyiasat oleh pakar-pakar tersebut ke kawasan hospital, pasar dan  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Wuhan serta tempat-tempat lain berjalan lancar.

Tegasnya, China akan meneruskan kerjasama dengan WHO secara terbuka, telus dan bertanggungjawab. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar