web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Palestin Sambut Ulang Tahun Ke-47 'Land Day', Gesa Israel Tamatkan Pendudukan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 1:15PM

Rakyat Palestin menggesa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka di wilayah yang dirampas oleh Israel pada 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH/GAZA - Rakyat Palestin pada Khamis meraikan ulang tahun ke-47 "Land Day" di tengah-tengah gesaan supaya Israel menamatkan pendudukannya di wilayah Palestin sejak 1967, lapor Xinhua.

Mereka juga menggesa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka di wilayah yang dirampas oleh Israel pada 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Beratus-ratus penunjuk perasaan Palestin berkumpul berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza timur dan Israel sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk menuntut penamatan pendudukan Israel dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka serta melaungkan slogan anti-Israel.

Demonstrasi dan perhimpunan juga diadakan di bahagian lain di Semenanjung Gaza.

Pergerakan Hamas dalam satu kenyataan akhbar berkata rakyat Palestin masih berpegang kepada hak mereka yang sah.

Di Tebing Barat, demonstrasi turut dijadual berlangsung di beberapa bandar dan kampung pada  Jumaat.          

Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye menyelar pencerobohan Israel ke atas "Suara Palestin" sebagai agresif dan berkata pendudukan Israel adalah "berasaskan penempatan, penindasan dan pembunuhan."

Ishtaye menyeru rakyat Palestin supaya bersatu semula dan menamatkan perpecahan dalam kalangan mereka, terutama antara Hamas dan parti Presiden Palestin Mahmoud Abbas Fatah, sejak 2007.

"Land Day" bermula sejak 30 Mac 1976, apabila rakyat Palestin di Israel memprotes rampasan Israel ke atas kira-kira 21,000 dunam (2,100 hektar) tanah kampung Palestin di wilayah Galilee di utara Israel.

Protes 1976 berlaku di kampung Arraba, Sakhnin, Deir Hanna, Arab al-Sawa'id dan lain-lain.

Tanah di kampung itu dirampas untuk membina lebih banyak penempatan Israel. - Bernama-Xinhua

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar