web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Israel Usir Penduduk Palestin, Untuk Luaskan Jajahan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 9:03AM

Penduduk Palestin, Hatem Hussein Abu Rayala menunjukkan rumahnya yang dimusnahkan oleh tentera Israeli di Baitulmuqaddis Timur pada 1 Mac 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Israel telah memusnahkan 31 rumah dan 27 fasiliti penduduk Palestin selepas rancangan untuk membina 4,982 pendudukan yang baru telah diumumkan, sejak awal tahun ini.

Euro-Mediterranean Human Rights Monitor dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang empat bulan ini, Israel telah melaksanakan polisi berkenaan dengan memusnah rumah dan mengusir penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur. 

Badan pemantau berkenaan merekodkan sebanyak 86 keganasan dilakukan ketika Israel cuba memusnah dan menghalau penduduk Palestin, yang dijalankan oleh tentera zionis sepanjang tempoh empat bulan ini.

''Tentera zionis memusnahkan 31 rumah, dengan separuh daripadanya dilakukan pada bulan Mac. Mereka juga merampas tiga buah rumah serta mengeluarkan arahan pengusiran kepada pemilik rumah yang lain,'' kata badan berkenaan.

Ia melibatkan 28 keluarga dan 500 isi rumah di kawasan Sheikh Jarrah. 

Hari ini, Mahkamah Daerah Baitulmuqaddis telah menunda notis pengosongan rumah di Sheikh Jarrah sehingga 6 Mei ini, bagi membolehkan perjanjian dicapai dengan penduduk Palestin. Namun keputusan itu bermakna penduduk Palestin akan dihalau dari rumah mereka dan kemudian ia diserahkan kepada Israel.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sehingga Ogos 2019, dianggarkan 199 notis pengusiran difailkan ke atas 199 keluarga Paletin di Timur Baitulmuqaddis, sekali gus menyebabkan 877 penduduk termasuk 391 kanak-kanak tidak mempunyai tempat tinggal.

Tindakan kejam Israel itu bukan hanya memusnahkan rumah penduduk malah mencetuskan kesan fizikal, sosial, ekonomi dan psikologi kepada penduduk Palestin. Ia jelas merupakan tindakan pembersihan etnik.

Menurut Ketua Perundangan Euro-Med Monitor, Tariq Al-Lewa, tindakan Israel itu jelas mahu membina pendudukan untuk kemudahan penduduknya dan ia menggambarkan sistem apatheid, berdasarkan undang-undang diskriminasi dan tidak adil.

''Ia melanggar Konvensyen Keempat Geneva dan adalah jenayah perang di bawah Para 2, Artikel 8, Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang diterima pakai di Rome pada 17 Julai, 1998. Ia menjelaskan bahawa jenayah perang termasuk kemusnahan dan rampasan harta benda yang meluas, tidak dibenarkan oleh keperluan tentera dan dilakukan secara tidak sah,'' katanya.

Justeru masyarakat antarabangsa dan PBB perlu menggalas tanggungjawab menghentikan pelanggaran Israel dan perlu campur tangan segera untuk menghentikan rancangan pemusnahan itu, yang bertujuan untuk mengusir keluarga Palestin serta mengubah demografi di situ. 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar