web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Turkiye Dilanda Bencana Terburuk Dalam Sejarah Negara - Erdogan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2023 8:22AM

Erdogan berkata sekurang-kurangnya 18,991 orang terbunuh dan 75,523 yang lain cedera sejak dua gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras melanda selatan Türkiye pada Isnin. - Gambar Agensi Anadolu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Turkiye dilanda satu bencana terburuk dalam sejarah negara, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, merujuk kepada gempa bumi kuat yang melanda negara ini.

“Sebagai sebuah negara, kita sedang menghadapi satu bencana terbesar dalam sejarah negara kita,” kata Erdogan semasa meninjau usaha mencari dan menyelamat dan bertemu dengan mangsa gempa bumi di wilayah Adıyaman.

Beliau berkata kemusnahan "serius" berlaku di 10 wilayah, lapor Agensi Anadolu.

Erdogan berkata sekurang-kurangnya 18,991 orang terbunuh dan 75,523 yang lain cedera sejak dua gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras melanda selatan Türkiye pada Isnin.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 itu menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah itu termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Erdogan berikrar akan membina semula wilayah selatan itu dan ia akan menjadi antara agenda penting di bawah pelan setahun kerajaan.

“Kita akan pastikan rakyat yang tidak mahu tinggal di khemah dapat berpindah ke kediaman dan kita akan menanggung bayaran sewa selama setahun,” kata beliau.

Selain itu, beliau menyeru rakyat agar tidak memberi pujian kepada mereka yang mahu mengambil peluang untuk menyalahgunakan perpaduan dan solidirati.

Beliau turut dijadual melawat wilayah Malatya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Guna Segala Wahana Bela Palestin, Malaysia Sambut Baik Pendirian Turkiye

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Turkiye Setuju Tingkat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad