Berita Terkini

29 minit yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas 29 minit yang lalu: Pemangku Raja Pahang sempurnakan penyampaian darjah, pingat kepada 166 penerima 32 minit yang lalu: Singapura dan Malaysia perlu memastikan rantau ASEAN bersatu dan berwibawa - Presiden Singapura 32 minit yang lalu: Jabatan Penjara perkasa program sistem bagi tangani kesesakan 33 minit yang lalu: Bakal jemaah haji Malaysia wajib lalui pemeriksaan kesihatan

IKUTI KAMI


Gempa Turkiye: Harapan Jumpa Mangsa Terselamat Semakin Tipis Susulan Angka Kematian Kini Melebihi 17,000

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 12:11PM

bayi ini dan ibunya telah diselamatkan dari sisa runtuhan, 90 jam selepas kejadian gempa bumi di Türkiye. - Gambar dari Twitter @RanDhwa17

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Pasukan penyelamat terus berusaha mencari lebih ramai mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan, meskipun harapan semakin tipis menjelang hari keempat tragedi gempa bumi kuat melanda Türkiye.

Angka kematian akibat bencana itu telah mencecah 17,134 di Türkiye, manakala 71,806 lagi cedera setakat Khamis, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Türkiye.

Jumlah mangsa terkorban dijangka terus meningkat apabila usaha pencarian selesai dijalankan di seluruh 10 wilayah.

Pakar menjangkakan bahawa peluang untuk menyelamatkan nyawa telah menurun secara mendadak selepas tempoh 72 jam tragedi, lapor Xinhua.

Namun, keajaiban menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat dari bawah runtuhan melebihi tempoh 80 jam selepas kejadian itu dapat memberi sinar harapan.

Penyiar tempatan TRT sebelum ini menyiarkan usaha menyelamat seorang wanita berusia 60 tahun dikenali sebagai Meral Nakir dari runtuhan apartmen di Malatya pada Khamis.

Wanita yang cedera itu dikeluarkan dari runtuhan bangunan enam tingkat dengan bantuan anjing terlatih bernama "Kopuk".

Anjing penyelamat baka Golden Retriever itu telah berkhidmat di lokasi yang sama selama dua hari dan berjaya mengesan enam mangsa setakat ini.

Sementara itu di Antakya, Hatay, anggota penyelamat China dan Turkiye berjaya menyelamatkan tiga wanita melalui operasi bersama pada Khamis, manakala dua lagi mayat mangsa turut ditemukan.

Parlimen Turkiye pada Khamis meluluskan pengisytiharan darurat selama tiga bulan di wilayah yang terjejas.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata langkah itu dibuat bagi mencegah perbuatan jahat seperti kejadian rompakan di kawasan berkenaan.

Beliau juga berkata kontena turut disediakan bagi mereka yang hilang tempat tinggal akibat gempa bumi, manakala bangunan kediaman tiga atau empat tingkat buat mangsa gempa bumi akan dibina dalam tempoh setahun.

Beliau juga berjanji untuk memperuntukkan 10,000 lira Turki (US$530) setiap seorang.

Dianggarkan sekitar 13.5 juta rakyatnya terjejas akibat gempa bumi itu.

Erdogan mengakui terdapat kelemahan dalam tindak balas segera pada hari pertama bencana berlaku.

Memandangkan ramai sukarelawan berpusu-pusu ke kawasan terjejas, jalan menuju ke lokasi kejadian sesak dipenuhi kenderaan yang membawa bekalan atau bantuan.

Kira-kira 6,479 kakitangan dari 56 negara telah tiba di Türkiye untuk menyokong usaha mencari dan menyelamat atau menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan, manakala pasukan penyelamat dari 19 lagi negara akan tiba di negara itu dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu Khamis.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter diikuti gempa susulan berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Turkiye dan negara jiran Syria, serta disifatkan bencana alam terburuk pernah dialami negara itu sejak beberapa dekad yang lalu. - Bernama

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Kemuka Keputusan Penuh Pemilihan Parti Sesi 2023 - 2026

oleh Farhana Farush

Semasa 9 jam yang lalu

KKD Sokong Usaha Bawa Masuk Peralatan Studio Produksi Maya

Semasa 1 hari yang lalu

‘Guna Dana KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Kecemasan Bukan Tindakan Bodoh’ – Anwar

oleh Adam Ayzzat

Semasa 2 jam yang lalu

Pengeluaran KWSP: Kerajaan Tidak Akan Laksana Pendekatan Populis