web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Kuat 7.4-Magnitud Gegarkan Daerah Kahramanmaras, Turkiye

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 12:48PM

Gempa bumi berskala 7.4 magnitud itu berlaku pada jam 4.17 pagi (0117GMT) dan berpusat di daerah Pazarcik - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Gempa bumi kuat telah menggegarkan kawasan Kahramanmaras, selatan Turkiye awal Isnin ini.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD), gempa bumi berskala 7.4 magnitud itu berlaku pada jam 4.17 pagi (0117GMT) dan berpusat di daerah Pazarcik.

Gempa itu melanda pada kedalaman 7 kilometer, menurut Agensi Anadolu.

Gegaran turut dirasakan di kawasan tenggara negara itu, termasuklah di Diyarbakir, Gaziantep serta negara-negara jiran seperti Lebanon dan Syria. 

Gempa itu diikuti dengan satu lagi gegaran 6.4 magnitud di tenggara daerah Gaziantep.

Gempa ketiga berskala 6.5 magnitud turut melanda kawasan itu.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menyampaikan ucapan melalui Twitter buat rakyatnya yang terkesan dengan kejadian gempa bumi ini.

Menurut beliau, pasukan penyelamat telah dihantar dengan segera ke kawasan-kawasan kejadian.

“Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan, AFAD, majlis daerah dan semua pihak terlibat sudah memulakan kerja mereka dengan pantas,” kata Erdogan. 

“Kita juga sedang menyelaras kerja-kerja pasca gempa. Semoga kita dapat mengharungi bencana ini bersama secepat mungkin dengan kerosakan paling minimal,” tambahnya.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu berkata enam gempa lebih daripada 6 magnitud telah melanda negara itu awal pagi Isnin.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad