web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Thailand Kena Denda Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 11:20PM

Prayut Chan-o-cha (kanan) mempengerusikan mesyuarat mengenai vaksin COVID-19 di Rumah Kerajaan pagi tadi. Selepas dikritik kerana gagal memakai pelitup muka, gambar itu telah dipadamkan daripada Facebooknya. - Gambar Bangkok Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha adalah antara yang awal didenda kerana tidak memakai pelitup muka hari ini, yakni hari pertama pihak berkuasa di ibu negara Thailand mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam.

Prayuth yang merupakan Menteri Pertahanan didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan, pagi Isnin.

Sekeping gambar Prayuth tanpa memakai pelitup muka semasa mempengerusikan mesyuarat disebar meluas di media sosial awal hari ini. Gambar yang dimuatkan di Facebook rasmi Prayuth itu bagaimanapun telah dipadam kemudiannya.

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang dalam laman rasmi Facebooknya berkata beliau menfailkan aduan terhadap perdana menteri hari ini.

Aswin berkata perdana menteri diberitahu bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, semasa di luar kediaman.

“Beliau (Prayuth) telah dikenakan denda 6,000 baht… Beliau setuju untuk membayarnya,” katanya.

Seksyen 51 Communicable Diseases Act 2015 Thailand menetapkan bahawa seseorang yang telah melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda maksimum 20,000 baht.

Bagaimanapun media Bangkok Post melaporkan pegawai penguatkuasa mungkin menimbangkan pertuduhan yang lebih ringan berdasarkan peraturan berkaitan denda itu, yang antara lain menetapkan denda 6,000 baht bagi kesalahan kali pertama, 12,000 baht bagi kali kedua, dan 20,000 baht bagi kali ketiga.

Hari ini merupakan hari pertama peraturan memakai pelitup muka diwajibkan di tempat awam di Bangkok bagi menangani penularan COVID-19 susulan jumlah kes jangkitan yang melonjak ketika ini. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad