web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Tidak Perlu Buat Ujian Saringan Sebelum Berlepas Untuk Memasuki Thailand

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 8:12AM

Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata walaupun China mengalami lonjakan kes COVID-19 namun semua pelancong yang memasuki negara ini sewajarnya menerima layanan yang saksama - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Pelancong yang mengunjungi Thailand termasuk dari China tidak perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas, dalam usaha negara ini menarik lebih ramai kedatangan pelawat bagi memulihkan industri pelancongan.

Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata walaupun China mengalami lonjakan kes COVID-19 namun semua pelancong yang memasuki negara ini sewajarnya menerima layanan yang saksama. 

Beliau berkata pelancong hanya perlu menunjukkan bukti sudah menerima sekurang-kurangnya dua dos vaksin COVID-19. 

“Thailand merupakan destinasi pelancongan utama. Oleh itu, langkah-langkah ini dilihat perlu.

“Tiada peraturan khas kepada pengembara yang memasuki negara ini kerana semua pengembara yang memasuki Thailand mesti menerima layanan sama rata,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Anutin berkata pengembara yang berhasrat melancong ke Thailand mesti menunjukkan bukti insurans.

“Ini bagi memastikan mereka berupaya untuk menampung kos rawatan andai ujian saringan mereka di Thailand didapati positif,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Sukan dan Pelancongan. 

China yang sekian lama melaksanakan dasar sifar COVID-19, baru-baru ini mengumumkan akan melonggarkan peraturan kuarantin bermula 8 Januari.

Berikutan peningkatan kes COVID-19 di China, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Perancis telah mengenakan peraturan baharu yang mewajibkan pelancong dari China menunjukkan keputusan ujian negatif COVID-19.

Anutin berkata kementerian juga bersetuju bahawa pelancong yang ingin mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 di Thailand boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun, pelancong perlu menanggung kos memandangkan kerajaan Thailand tidak mempunyai    polisi vaksinasi percuma kepada pelancong.

Thailand berharap sektor pelancongan negara ini akan pulih pada 2023 dan mengunjurkan sekurang-kurangnya 20 juta pelancong akan menjana pendapatan sebanyak 2.38 trilion baht (AS$64.5 bilion) tahun ini, tidak termasuk pelancong China.

Selepas China melonggarkan kebanyakan sekatan COVID-19 mulai 8 Jan, Thailand menyemak semula sasarannya kepada sekurang-kurangnya 25 juta pelancong termasuk pelancong China. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan