web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Tindakan Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 8:02AM

Pencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel adalah provokasi dan jelas melanggar status quo Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu pada Selasa.

Pencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel adalah provokasi dan jelas melanggar status quo Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya memastikan Israel bertanggungjawab atas tindakan haram itu dan menuntut rejim berkenaan menghentikan serta-merta sebarang provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

“Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.

“Malaysia juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dan usaha untuk mendapatkan kebebasan dan merealisasikan aspirasi untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka serta berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut kenyataan itu. 

Pada Selasa, Itamar Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa, sehari selepas beliau mengumumkan untuk menangguhkan lawatan itu.

Palestin dan beberapa negara Arab menyifatkan lawatan berkenaan sebagai "provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini" dan "pengisytiharan perang", lapor Agensi Anadolu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 44 minit yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad