web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Perlu Cari Kapal Selam Sebelum Sabtu

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 12:24PM

Kapal tentera laut Indonesia tiba di Banyuwangi untuk mencari kapal selam yang hilang di perairan Bali ketika latihan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Indonesia kini dalam pencarian terdesak untuk mencari kapal selam dan 53 kru kapal yang hilang ketika menjalani latihan di Bali, dengan hanya beberapa jam sebelum kapal itu kehabisan bekalan oksigen pada Sabtu.

Operasi mencari itu diteruskan ketika Australia dan Amerika Syarikat bakal menyertai operasi terbabit di perairan Bali.

Lewat Khamis, tentera Indonesia menerima isyarat objek yang tidak dikenali dengan rekod kedalaman antara 50 dan 100 meter (165 hingga 330 kaki).

Kapal yang dilengkapi dengan alat pengesan sonar telah dikerahkan dengan harapan objek tersebut adalah KRI Nanggala 402, yang dilengkapi simpanan oksigen yang hanya mampu bertahan sehingga pagi Sabtu.

"Kami ada masa hanya sehingga 3:00 pagi (Sabtu), jadi kami memaksimumkan semua langkah hari ini,'' kata jurucakap tentera Indonesia, Achmad Riad.

Terdapat juga kebimbangan kapal selam itu tenggelam hingga kedalaman 700 meter (2.300 kaki).

Kapal yang dibina di Jerman itu dijadualkan melakukan latihan penembakan torpedo. Ia kemudiannya terputus hubungan selepas meminta izin untuk menyelam.

Pada Khamis, tentera Amerika Syarikat telah menghantar pasukan udara untuk membantu dalam pencarian kapal terbabit sementara dua kapal dari Australia dalam perjalanan untuk membantu.

Negara jiran iaitu Singapura dan Malaysia juga telah menghantar kapal untuk membantu pencarian. Ia dijangka tiba pada hujung minggu. Selain itu, India juga menghantar kapal untuk membantu operasi mencari. - AFP

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran