Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Keluarga Nafi Laporan Pele Semakin Tenat

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 7:22AM

Pele dipindahkan ke wad paliatif di hospital tempatan ekoran rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Keluarga Pele sekali lagi menafikan spekulasi yang mengatakan ikon bola sepak Brazil yang sedang menjalani rawatan di hospital Sao Paulo itu berada dalam keadaan tenat, menurut Deutsche Presse-Agentur (dpa).

Akhbar Folha de Sao Paulo pada Sabtu melaporkan Pele, 82, telah dipindahkan ke wad paliatif di hospital tempatan ekoran rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan.

Pele, pernah menjalani prosedur membuang tumor di usus besar pada tahun lepas, kini sedang menjalani rawatan susulan di klinik rawatan kanser dan menurut pihak hospital beliau menunjukkan tindak balas yang positif terhadap rawatan.

Dalam temu bual bersama TV Globo pada malam Ahad dua anak perempuan dan seorang cucu legenda bola sepak itu menyatakan Pele sedang menjalani rawatan pernafasan berkaitan jangkitan COVID-19.

"Beliau sakit, beliau sudah uzur. Tetapi sebaik sahaja sihat, beliau akan pulang ke rumah," kata anak perempuannya, Kely Nascimento.

Kakaknya, Flavia Nascimento pula berkata: “bapa mereka berada di wad biasa dan adalah sangat tidak adil apabila orang mengatakan beliau berada di penghujung hayatnya dan dalam penjagaan paliatif. Ia tidak benar, kawan-kawan. Percayalah kami."

Cucu Pele, Arthur Arantes do Nascimento berkata: “Pele terharu dengan doa orang ramai ke atasnya”.

Mengenai dakwaan beliau sedang tenat: "Itu akan terjadi satu hari tetapi tidak hari ini. Beliau akan melihat Brazil menjadi juara dunia buat kali keenam," kata cucunya itu. - Bernama

TAG: Pele, kesihatan 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 3 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 11 minit yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Berkuasa Penuh Dalam SRC - Bekas Pengarah