web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Perancis Seru Golongan Berisiko Tinggi Dapatkan Dos Penggalak Kedua

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 10:45AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Jurucakap kerajaan Perancis Olivier Veran pada Khamis menyeru golongan berisiko tinggi mendapatkan satu lagi suntikan penggalak menentang COVID-19 menjelang musim cuti.

Veran memberitahu stesen radio RMC-BFMTV bahawa hanya 20 peratus daripada golongan berisiko tinggi telah menerima suntikan penggalak kedua susulan gelombang baharu COVID-19 dan wabak selesema kini melanda negara, lapor Xinhua.

“Jika anda berumur 60 tahun dan ke atas, jika anda menghidap penyakit atau jika anda kontak rapat dengan kumpulan rentan serta warga tua, dapatkan dos penggalak.

“Ia akan mengehadkan risiko komplikasi dan kemasukan ke hospital,” kata bekas menteri kesihatan itu.

Setakat ini, terdapat laporan mengenai subvarian yang merebak dengan pantas di Perancis.

“Kemasukan ke unit rawatan rapi akibat jangkitan COVID-19 kini mencatatkan peningkatan 20 peratus, hingga melemahkan sistem kesihatan negara,” katanya.

Pakar imunologi Perancis Brigitte Autran berkata, subvarian Omicron  BA.5 yang menular di negara itu telah digantikan dengan subvarian BQ.1.1.

Agensi kesihatan awam Perancis mendedahkan bahawa hampir 70,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad