web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mauna Loa Di Hawai Meletus Selepas Hampir 4 Dekad

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 1:46PM

Kelihatan lava dari gunung berapa Mauna Loa mengalir ke bahagian utara. - Gambar dari Twitter @USGSVolcanoes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES - Gunung berapi Mauna Loa di Hawaii, Amerika Syarikat, gunung berapi aktif terbesar di dunia, meletus buat kali pertama dalam tempoh hampir 40 tahun, kata pihak berkuasa.

Letusan bermula pada pukul 11.30 malam waktu tempatan Ahad, menurut Perkhidmatan Taman Negara AS. Ia adalah letusan pertama sejak 1984, lapor Xinhua.

Letusan berterusan di puncak Mauna Loa. Semua bolong terhad pada kawasan puncak. Pada masa ini tiada petunjuk mengenai sebarang migrasi letusan ke zon keretakan, menurut kemas kini terkini Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii.

Aliran lava di kawasan puncak boleh dilihat dari Kona, menurut kemas kini itu.

Pada masa ini, aliran lava terhad di kawasan puncak dan tidak mengancam penduduk yang mendiami di kawasan lereng gunung, menurut Balai Cerap.

Penduduk yang berisiko akibat letusan lava Mauna Loa, dinasihatkan bersiap sedia selain sentiasa merujuk kepada maklumat Pertahanan Awam Daerah Hawaii untuk panduan lanjut, kata Tinjauan Geologi AS.

"Berdasarkan kejadian lepas, peringkat awal letusan Mauna Loa boleh menjadi sangat dinamik dan lokasi serta aliran lava boleh berubah dengan cepat," menurut amaran agensi itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad