web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trump Umum Bertanding Jawatan Presiden 2024

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 1:40PM

Donald Trump - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada malam Selasa mengumumkan bakal bertanding semula jawatan Presiden bagi 2024, lapor Xinhua.

“Malam ini, saya mengumumkan pencalonan saya untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat,” kata ahli Republikan itu dari pusat peranginan Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.

Trump, 76, memfailkan pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan pada Selasa.

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas pilihan raya separuh penggal AS 2022, dengan kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi anggota Senat 100 turut dipertandingkan.

Demokrat dijangka mengekalkan kawalan ke atas Senat dalam Kongres AS akan datang manakala tiada parti memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti dalam Dewan Perwakilan setakat malam Selasa.

Trump berkhidmat sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat dari 2017 hingga 2021.

Beliau tewas kepada pencabarnya dari Demokrat Presiden Joe Biden dalam pilihan raya presiden AS 2020.

Minggu lalu Biden memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding semula jawatan presiden dan akan membuat keputusan rasmi “awal tahun depan”.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadual berlangsung pada 5 November 2024. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Buka Ruang, Kaji Semula Perbincangan Hubungan 2 Hala - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Sambutlah Trump Dengan Sederhana, Kenapa Perlu Berlebihan?’ - Dr MAZA

3

Rencana 8 bulan yang lalu

M’sia, Diplomasi Dan Kuasa; Jambatan Untuk Keamanan Sejagat

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran