web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Iran Ilham Filem 'The Terminal' Meninggal Dunia Di Lapangan Terbang Paris

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 8:30AM

Nasseri tinggal di lapangan terbang sehingga 2006 apabila dimasukkan ke hospital. Selepas keluar dari hospital, dia ditempatkan di rumah perlindungan Paris dari 2008, menurut laporan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Seorang lelaki Iran yang tinggal selama 18 tahun di lapangan terbang Perancis dan mengilhamkan filem Steven Spielberg The Terminal meninggal dunia pada Sabtu, menurut laporan media.

“(Mehran Karimi) Nasseri disahkan meninggal dunia secara semula jadi oleh pasukan perubatan lapangan terbang di Terminal 2F,” lapor Anadolu Agency memetik CNN yang memetik jurucakap lapangan terbang Paris-Charles de Gaulle pada Sabtu.

Nasseri, yang dilaporkan lahir pada 1945 daripada keluarga Iran-British, terperangkap di lapangan terbang antarabangsa Paris Charles de Gaulle pada 1988 kerana tidak mempunyai dokumentasi perjalanan yang diperlukan.

Digelar Sir Alfred, beliau tinggal di lapangan terbang sehingga 2006 apabila dimasukkan ke hospital. Selepas keluar dari hospital, dia ditempatkan di rumah perlindungan Paris dari 2008, menurut laporan.

Beliau kembali tinggal di lapangan terbang sejak beberapa minggu kebelakangan ini sehingga kematiannya pada tengah hari Sabtu, tambah laporan itu, sambil menyatakan bahawa Nasseri sentiasa menyimpan bagasi di sisinya, membaca, dan mencatatkan nota dalam diarinya semasa berada di lapangan terbang.

Keadaan Nasseri memberi inspirasi kepada filem The Terminal oleh Steven Spielberg pada 2004, yang dibintangi Tom Hanks sebagai Viktor Navorski, seorang lelaki Eropah Timur yang terperangkap di lapangan terbang New York kerana rampasan kuasa tentera di negara asalnya, menghalangnya untuk pulang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini