web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Korea Selatan Mohon Maaf Atas Insiden Rempuhan Itaewon

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 12:35PM

Yoon Suk-yeol ketika menghadiri memorial mengenang mangsa rempuhan sambutan Halloween di Itaewon, Korea Selatan baru-baru ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Presiden Yoon Suk-yeol memohon maaf kepada rakyat Korea Selatan pada Isnin atas insiden rempuhan maut di Itaewon dan akan memastikan siasatan menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab.

Yoon mengemukakan permohonan maaf itu semasa sesi mesyuarat bagi mengkaji kawalan kumpulan dan peraturan keselamatan lain susulan tragedi yang mengorbankan 156 nyawa pada 29 Oktober, lapor Yonhap.

“Saya tidak berani membandingkan diri saya dengan ibu bapa yang kehilangan anak mereka, tetapi sebagai presiden yang sepatutnya melindungi nyawa dan keselamatan rakyat, saya turut berduka.

"Saya memohon maaf kepada keluarga yang berduka dan seluruh negara," katanya.

Kenyataan itu dilihat sebagai permohonan maaf rasmi pertamanya kepada negara, meskipun sebelum ini beliau turut menzahirkan pemohonan maaf semasa upacara keagamaan bagi memperingati mangsa tragedi.

Yoon mengulangi gesaannya kepada kerajaan untuk menangani akibat daripada tragedi itu dengan cara bertanggungjawab dan menambah baik peraturan keselamatan sedia ada untuk menjadikan negara lebih selamat.

"Saya akan memastikan kebenaran dirungkai secara menyeluruh berhubung tragedi ini dan mendedahkan proses itu kepada orang ramai secara telus tanpa sebarang keraguan,” katanya.

Mesyuarat pada Isnin itu turut dihadiri perdana menteri, menteri kewangan, menteri dalam negeri, anggota-anggota Kabinet yang lain dan pakar awam mengenai isu bencana dan keselamatan serta polis barisan hadapan dan bomba termasuk penggubal dasar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 53 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar