web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elon Musk Umum Bakal Kurangkan Pekerja Twitter Bermula Jumaat

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 5:36PM

Menerusi hantaran e-mel syarikat pada petang Khamis, bos baharu gergasi media sosial itu menyatakan bahawa pekerja akan menerima notis pada 12 tengah hari Jumaat mengenai status mereka - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HOUSTON - Elon Musk bakal memulakan proses untuk mengurangkan jumlah pekerja Twitter mulai Jumaat.

Menerusi hantaran e-mel syarikat pada petang Khamis, bos baharu gergasi media sosial itu menyatakan bahawa pekerja akan menerima notis pada 12 tengah hari Jumaat mengenai status mereka, lapor Agensi Anadolu memetik beberapa sumber media.

"Pasukan dalam usaha untuk menjadikan Twitter sebagai platform sihat kita akan melalui proses sukar dengan mengurangkan tenaga kerja global kami pada Jumaat.

"Jika pekerjaan anda tidak terjejas anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel Twitter anda.

“Jika pekerjaan anda terjejas, anda akan menerima pemberitahuan termasuk langkah seterusnya melalui e-mel peribadi anda,” kata Musk .

Sejak mengambil alih Twitter dengan nilai US$44 bilion minggu lalu, Musk memecat Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal dan memecat seluruh lembaga pengarah, menjadikan dirinya sebagai pengarah tunggal platform itu. 

Pengumuman itu tidak mengejutkan, kerana selepas mengambil alih Twitter beliau dilaporkan merancang untuk mengurangkan sehingga separuh daripada 7,500 kakitangan syarikat itu.

Musk sebelum ini dilaporkan berkata Twitter terpaksa mengurangkan tenaga kerja untuk memastikan syarikat mampu untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

"Untuk memastikan keselamatan pekerja dan sistem Twitter, pejabat syarikat akan ditutup buat sementara waktu dan semua akses akan digantung," katanya.

Semua pekerja diminta berada di rumah pada Jumaat dan menunggu kemas kini mengenai status mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Berita Elon Musk Cipta Robot Wife Satu Penipuan, Namun Adakah Ia Mustahil

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

3

TARA 2 tahun yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sahkan Bertemu Elon Musk Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan