web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesir Sita Kapal Halang Terusan Suez, Minta Pampasan US$900 Juta

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 3:35PM

Kapal Ever Given disita oleh Mesir. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHERAH - Sebuah mahkamah Mesir memutuskan kapal kontena Ever Given disita sehingga pemiliknya membayar US$900 juta kepada Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) sebagai ganti rugi kerana menghalang laluan penting itu selama hampir seminggu, lapor Sputnik memetik akhbar Shorouk News.

Permohonan menyita kapal itu dikemukakan SCA di Mahkamah Ekonomi Ismailia.

SCA menuntut kapal itu ditahan sehingga semua perbelanjaan menyelamat dan penyelenggaraan, serta kos kerugian lalu lintas sepanjang enam hari dibayar sepenuhnya.

Kapal yang berdaftar di Panama itu kini ditempatkan di bawah pengawasan mahkamah, selaras  dengan Artikel 6 Undang-Undang dagangan maritim Mesir, hingga operator memenuhi tuntutan SCA, menurut laporan itu.

Pegawai mahkamah dilaporkan akan ke lokasi kapal itu berlabuh di Tasik Bitter pada Selasa untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada kru kapal

Ketua SCA Osama Rabie memberitahu akhbar Youm7 Mesir ,kejadian Ever Given tersadai di Terusan Suez itu masih dalam siasatan dan rumusannya dijangka diumum pada Khamis.

Pihak berkuasa terusan menganggarkan jumlah kerugian perdagangan global akibat kejadian itu bernilai US$1 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Global Sumud Flotilla: Serangan Kedua Landa Kapal Misi Bantuan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran