web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


New York Terpaksa Isytihar Darurat Susulan Peningkatan Pencari Suaka

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 5:23PM

Eric Adams - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Datuk Bandar New York Eric Adams mengisytiharkan darurat pada Jumaat susulan peningkatan kemasukan pencari suaka yang kebanyakannya berasal dari selatan Amerika Syarikat.

Perintah eksekutif itu telah dikeluarkan pada Jumaat membolehkan arahan diberikan kepada semua agensi berkaitan menyelaras respons terhadap krisis kemanusiaan pencari suaka dan mewujudkan pusat bantuan kemanusiaan sementara, lapor Xinhua.

Darurat akan dikuat kuasa selama 30 hari dan mungkin akan dilanjutkan.

Adams turut meminta bantuan daripada pihak persekutuan dan negeri untuk menangani kemasukan berterusan pencari suaka.

Sistem perlindungan di New York kini beroperasi pada kapasiti hampir 100 peratus dan menampung lebih 61,000 orang manakala bandar itu akan dihuni lebih 100,000 pencari suaka tahun depan jika trend semasa berterusan.

"Angka itu jauh lebih tinggi berbanding kemampuan yang ada. Keadaan ini tidak mampan. Bandar ini akan hilang pembiayaan untuk keutamaan lain," katanya.

Lebih 17,000 pencari suaka kebanyakannya dari Amerika Selatan telah tiba di New York sejak April.

Untuk menampung golongan berkenaan bandar itu telah menandatangani kontrak bersama 42 hotel untuk dijadikan sebagai pusat perlindungan manakala satu pusat respons dan pemindahan sedang dalam pembinaan di Pulau Randall.

Pihaknya sedang bekerjasama dengan pejabat gabenor New York untuk mengenal pasti lokasi tambahan bagi pembinaan pusat pemindahan dan sumber kakitangan.

New York dijangka membelanjakan sekurang-kurangnya US$1 bilion menjelang akhir tahun fiskal ini bermula 1 Oktober bagi menangani krisis pendatang.

Kira-kira sebulan lalu Datuk Bandar Washington D.C. Muriel Bowser turut mengisytiharkan darurat berikutan kebanjiran pendatang yang tiba dari selatan Texas dan Arizona. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad