web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih Sejuta Kematian Akibat Coronavirus Dicatat Di Eropah

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:47AM

Sanak saudara mengangkat keranda seorang wanita yang meninggal dunia selepas positif COVID-19 di Woking, England pada 30 Januari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Pihak berkuasa di seluruh Eropah telah merekodkan lebih sejuta kematian disebabkan wabak coronavirus, mengikut laporan AFP yang dipetik dari sumber rasmi.

Di 52 negara dan wilayah di benua tersebut, hingga ke timur Azerbaijan dan Rusia, jumlah kematian yang dicatat adalah sekurang-kurangnya 1,000,288, tertinggi dari mana-mana kawasan di dunia.

Mengikut angka terbaru, hampir 60 peratus kematian di Eropah berlaku hanya di enam negara: United Kingdom, dengan 127,100 kematian; Itali, (113,612 kematian), Rusia (103,263 kematian), Perancis (99,163 kematian) Jerman (78,452 kematian) dan Sepanyol dengan 76,525.

Bagaimanapun kadar jangkitan di United Kingdom sedang menurun dengan usaha vaksinasi besar-besaran dilakukan,  mendahului di Eropah, dengan lebih daripada 60 peratus golongan dewasa telah menerima dos pertama vaksin.

Perancis, Itali dan Rusia sedang berdepan dengan gelombang ketiga jangkitan coronavirus dan program pemvaksinan penduduk masing-masing pada kadar yang lebih perlahan.

Angka-angka ini berdasarkan jumlah kematian harian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan di setiap negara dan tidak mengambil kira penilaian semula oleh organisasi statistik, seperti yang berlaku di Rusia, Sepanyol dan Britain. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad