web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


China Denda Alibaba $2.78 Bilion Kerana Salah Guna Pasaran

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 4:27PM

Gambar fail menunjukkan ibu pejabat Alibaba di Hangzhou, kira-kira 175 kilometer dari Shanghai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHANGHAI - Syarikat e-dagang gergasi, Alibaba telah didenda sebanyak 18.2 billion yuan ($2.78 billion) pada Sabtu oleh kerajaan China kerana amalan yang dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan pasaran.

Alibaba, yang diasaskan oleh Jack Ma berkata, ia menerima penalti berkenaan dan berikrar untuk menggariskan rancangan pada Isnin bagi memastikan operasi Alibaba mematuhi syarat.

Denda itu seolah-olah menunjukkan tindakan keras pemerintah terhadap platform teknologi utama China, dan Alibaba khususnya, atas tuduhan tingkah laku anti persaingan dan penyalahgunaan data pengguna.

Pentadbiran Negeri Untuk Peraturan Pasaran menyatakan pihaknya menilai denda berkenaan selepas menamatkan siasatan ke atas Alibaba yang bermula pada Disember lalu.

Siasatan itu menumpukan kepada amalan Alibaba yang melarang penjual daripada menjual barang dagangan mereka secara serentak di laman e-dagang milik pesaing.

"Sejak 2015, Kumpulan Alibaba telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan di pasaran dengan syarat eksklusif, kata pihak berkuasa.

Syarat berkenaan telah merugikan persaingan, inovasi dan kepentingan pedagang serta pengguna.

Denda berkenaan adalah satu rekod dan tiga kali ganda iaitu hampir $1 bilion denda yang dikenakan terhadap Qualcomm pada tahun 2015, kata Bloomberg.

Jumlah denda itu ditentukan selepas pemerhati pasaran memutuskan untuk mendenda Alibaba 4 peratus daripada hasil jualannya pada 2019 yang berjumlah 455.7 bilion yuan.

Tidak lama selepas keputusan itu diumumkan, Alibaba berjanji untuk melakukan perubahan bagi melindungi persaingan yang adil.

"Kami menerima hukuman dengan ikhlas dan akan memastikan kepatuhan kami," katanya.

Syarikat itu menambah bahawa ia akan mengadakan sidang video dengan pelabur pada Isnin untuk berkongsi pandangan dan rancangan perkembangan perniagaan bagi jangka panjang.

"Kami menerima penalti itu dengan ikhlas dan kami akan memastikan kepatuhan kami kepada undang-undang,'' katanya. - AFP


 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 minit yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad