Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Puluhan Ribu Saksi Perjalanan Terakhir Jasad Ratu Elizabeth II

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 1:07PM

Seorang artis melukis potret Ratu Elizabeth II Britain pada jubin dengan kapur di Dataran Trafalgar di London pada 11 September. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

EDINBURGH - Puluhan ribu rakyat jelata berbaris di sepanjang jalan utama bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II.

Kenderaan jenazah yang membawa keranda ratu kesayangan ramai itu dipandu dari Istana Balmoral pada jam 10 pagi (waktu tempatan) melalui Aberdeen dan Dundee sebelum tiba di Edinburgh pada jam 4 petang (waktu tempatan).

Perarakan keranda diperbuat daripada kayu oak itu juga menandakan bermulanya acara perkabungan di seluruh negara yang berakhir di London pada 19 September ini.

Ada yang bertepuk tangan, ada yang menangis, dan kemudian mereka terdiam seketika sebaik keranda itu tiba di Istana Holyroodhouse.

“Ia adalah kehilangan besar namun lebih memilukan saat melihat keranda itu berlalu pergi,” kata Lucy Hampshire, yang berasal dari bandar York di utara London.

Ratu Elizabeth II, monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu mangkat pada Khamis lalu dan anaknya Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja.

Jasad baginda akan berada semalaman di Holyroodhouse iaitu kediaman rasmi raja di Scotland.

Raja Charles III dijadual berangkat ke Edinburgh hari ini bagi melakukan istiadat keagamaan sebelum jasad baginda diterbangkan ke kota London, esok.

Jasad Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun itu kemudian akan ditempatkan selama empat hari di Dewan Westminster bagi memberi peluang kepada rakyat Britain dan seluruh dunia memberikan penghormatan terakhir.

Istiadat tersebut dijangka melibatkan sekurang-kurangnya sejuta orang menjelang upacara pemakaman yang akan ditonton seluruh dunia serta melibatkan sebilangan ketua dan pemerintah negara.

“Ia adalah sejarah, sejarah dalam pembikinan. Kami hidup begitu lama dengan permaisuri kira-kira 70 tahun.

“Baginda satu-satunya raja yang kami kenal dan saya rasa sudah menjadi kewajipan saya untuk berada di sini bagi mengucapkan selamat tinggal kepadanya,” kata bekas askar, Stuart Mackay.

Dalam pada itu, Putera William turut menzahirkan penghormatan penuh emosi kepada Ratu Elizabeth II, kelmarin.

“Baginda berada di sisi saya ketika waktu paling bahagia dan juga pada tempoh saya berduka,” katanya yang kini bergelar Prince of Wales.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II turut disifatkan sebagai kejutan yang mendorong penyatuan semula anggota keluarga Diraja Britain apabila William, 40 dan adiknya, Harry, 37, muncul bersama isteri masing-masing bagi bertemu dengan rakyat yang turut berkabung di luar Istana Windsor, dekat London.

Kedua-dua pasangan tersebut amat jarang dilihat membuat penampilan di khalayak secara bersama sejak 2020.

Ratu Elizabeth II menaiki takhta pada 8 Februari 1952 pada usia 25 tahun selepas kemangkatan bapanya, Raja George VI, pada 6 Februari 1952.

Baginda mewarisi takhta UK sejurus selepas Perang Dunia Kedua, menyertai pentas dunia yang dikuasai tokoh politik seperti Mao Zedong dari China sehingga pemimpin Kesatuan Soviet, Joseph Stalin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Dwight D Eisenhower.

Sepanjang 70 tahun, baginda bertakhta merentasi dua abad yang penuh pergolakan sosial, politik dan teknologi.

Baginda menyaksikan keruntuhan empayar British yang tersebar luas hampir ke seluruh dunia selain menyaksikan krisis Brexit dan pelbagai skandal membabitkan keluarga diraja menggugat asas kerajaan baginda.

Namun, sepanjang pemerintahannya Ratu Elizabeth kekal sebagai Ratu yang popular dan bukan saja bertakhta di United Kingdom tetapi turut diiktiraf 14 bekas tanah jajahan British termasuk Australia, Kanada dan New Zealand.

Baginda juga adalah ketua kumpulan 56 negara Komanwel yang merangkumi hampir suku daripada penduduk dunia selain diiktiraf pemerintah agung Gereja England iaitu gereja induk bagi golongan penganut Anglikan di seluruh dunia. - AFP

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

David Beckham Berbaris 13 Jam Untuk Beri Penghormatan Terakhir Buat Ratu Elizabeth II

2

TARA 1 tahun yang lalu

Mengenang Era Kegemilangannya Yang Cukup Gah, Ini 9 Kisah Tentang Ratu Elizabeth II Yang Wajib Ditonton 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemimpin DAP, UMNO Terus Zahir Takziah Atas Kemangkatan Ratu Elizabeth II 

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Orang Ramai Boleh Beri Penghormatan Di Muzium Lilin I-City

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 1 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 22 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi