web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


67 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Di Tanah Suci

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 4:13PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Seramai 67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci sehingga hari ke 49 pelaksanaan operasi haji tahun ini, menurut Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH) Indonesia.

Ketua PPIH Arab Saudi, Arsad Hidayat berkata 27 jemaah meninggal dunia semasa pra aktiviti di Arafah, Muzdalifah dan Mina (Armuzna) antara 4 Jun hingga 7 Julai.

Seramai 16 jemaah meninggal semasa di Armuzna antara 8-12 Julai, dan 24 jemaah setelah puncak musim haji dari 13 Julai sehingga semalam, katanya dalam satu kenyataan.

Berbanding tempoh sama pada 2019, seramai 341 jemaah meninggal dunia dengan kuota haji 214,000 jemaah.

Indonesia menerima kuota haji tertinggi di dunia, dengan 100,051 jemaah haji dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini, selepas musim haji ditangguhkan dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Jumlah jemaah haji yang dibenarkan Arab Saudi tahun ini terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa serta terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang telah melengkapkan vaksin COVID-19.

Sementara itu, hari ke tujuh proses kepulangan jemaah merekodkan 23,684 jemaah haji tiba di Indonesia setakat semalam, kata jurucakap Kementerian Agama, Wawan Djunaedi.

Mereka terdiri daripada 20,491 jemaah biasa yang diurus kementerian dan 3,193 jemaah haji khusus yang diurus PPIH.

Seramai 29 jemaah dirawat di hospital Arab Saudi, dan 77 jemaah dirawat di klinik kesihatan haji Indonesia di Mekah. - Bernama

TAGS: Haji, Indonesia, PPIH, Kementerian Agama, Arab Saudi

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan