web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Hina Peserta Realiti Hingga Bunuh Diri Dikenakan Denda

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 12:03PM

Hana Kimura. - Gambar dari asia.nikkei.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang lelaki telah didenda RM337 kerana melakukan kecaman atas talian terhadap seorang bintang realiti dan penggusti Jepun, Hana Kimura, 22, hingga mengakibatkannya membunuh diri pada tahun lepas.

Laporan media menyebut, lelaki yang tidak dinamakan itu telah memuatnaik mesej di dalam akaun media sosial Kimura dan mengecamnya dengan mesej ‘personaliti teruk’ dan `bila kau nak mati’.

Lelaki tersebut dituduh melakukan penghinaan di khalayak ramai tetapi tidak diwajibkan untuk menghadapi perbicaraan di bawah dakwaan tersebut, seperti yang sering berlaku untuk kesalahan yang agak kecil di Jepun.

Di bawah undang-undang Jepun, penalti maksimum boleh didenda sehingga RM374.

Terdapat tuduhan lebih serius di mana seseorang individu boleh dikenakan denda hingga RM18,7315. Tidak jelas mengapa hukuman yang lebih ringan diberikan dalam keadaan ini.

Hukuman berkenaan bagaimanapun mendapat kecaman ramai kerana jumlah denda yang kecil itu akan menyebabkan peningkatan siber buli.

Kimura sebelum ini menjadi sasaran kritikan daripada beratus pengguna media sosial dan ia diterima hampir setiap hari.

Selepas kematiannya pada bulan Mei tahun lepas, rancangan realiti Terrace House telah dibatalkan.

Rancangan itu diterbitkan oleh FujiTV serta diedarkan oleh Netflix, dan menjadi popular di kalangan penonton sebelum dibatalkan.

Ia mengenai enam peserta yang menetap di sebuah rumah di Jepun namun melakukan urusan sendiri.

Kimura adalah salah seorang daripada enam peserta dalam rancangan Terrace House, Tokyo 2019-2020.

Sebelum kematiannya, Kimura dilaporkan memuatnaik gambar mencederakan diri dalam Twitter bersama-sama mesej yang mencurigakan. - Japan Times 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad