web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Uber Akan Bayar Pampasan Berjuta Dolar Kerana Caj Berlebihan Pada Penumpang Kurang Upaya

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 1:42PM

Uber akan membayar berjuta-juta dolar kerana mengenakan bayaran berlebihan kepada penumpang kurang upaya dan akan mengubah suai dasar masa menunggunya bagi mengelak berlakunya diskriminasi pada masa depan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Uber akan membayar berjuta-juta dolar kerana mengenakan bayaran berlebihan kepada penumpang kurang upaya dan akan mengubah suai dasar masa menunggunya bagi mengelak berlakunya diskriminasi pada masa depan, umum Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Syarikat perkongsian perjalanan itu mencapai penyelesaian dengan kerajaan selepas pegawai persekutuan menuduhnya melanggar Akta Orang Kurang Upaya Amerika, umum pegawai Jabatan Kehakiman.

Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki membayar beberapa juta dolar pampasan kepada lebih 65,000 penumpang kurang upaya yang dikenakan bayaran masa menunggu, yang biasanya kurang daripada satu dolar, kerana mereka mengambil masa yang lebih lama untuk menaiki kenderaan.

Golongan kurang upaya tidak seharusnya dilayan seperti rakyat kelas kedua atau dihukum kerana ketidakupayaan mereka, seperti yang dikenakan oleh dasar bayaran masa menunggu Uber, kata Penolong Peguam Negara AS Kristen Clarke.

Perjanjian itu menghantar mesej yang jelas bahawa Uber dan syarikat perkongsian perjalanan lain akan bertanggungjawab jika perkhidmatan mereka mendiskriminasi golongan kurang upaya, tambah kenyataan itu.

Jabatan Kehakiman memfailkan tuntutan mahkamah tahun lalu di California yang menyatakan amalan Uber mengenakan bayaran masa menunggu, bermula dua minit selepas pemandu Uber tiba di lokasi mengambil penumpang dan berhenti apabila perjalanan bermula, mendiskriminasi mereka yang menggunakan kerusi roda atau peranti pergerakan lain.

Ramai penumpang kurang upaya memerlukan lebih daripada dua minit untuk menaiki atau masuk ke dalam kenderaan atas pelbagai sebab, termasuk mereka mungkin menggunakan alat bantuan pergerakan seperti kerusi roda dan alat bantuan pejalan kaki yang perlu dilipat dan disimpan di dalam kenderaan atau mereka memang memerlukan masa tambahan untuk menaiki kenderaan, kata aduan itu.

Uber telah mengubah suai dasar masa menunggunya sebaik sahaja selepas saman itu difailkan tahun lepas dan berkata ia gembira telah mencapai persetujuan, menurut UPI.

Di bawah perjanjian dua tahun itu, Uber berjanji untuk mengetepikan semua caj masa menunggu untuk penumpang Uber yang boleh mengesahkan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk masuk ke dalam kereta kerana hilang upaya.

Syarikat itu juga akan mengkreditkan gandaan jumlah masa ke akaun penumpang yang layak untuk caj masa menunggu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kompleks Pemulihan Dan Latihan Kimanis Pupuk Potensi Golongan Istimewa 

2

TARA 3 tahun yang lalu

3 Jenama Hasilkan Produk Dan Perkhidmatan Edisi Pertabalan Raja Charles III

3

Refleksi 3 tahun yang lalu

Pelajar Istimewa Taarana Pamerkan Bakat Terpendam

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

OKU Tanpa Tangan Buktikan Mampu Jadi Tukang Jahit Berjaya

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad