Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kompleks Pemulihan Dan Latihan Kimanis Pupuk Potensi Golongan Istimewa 

Turut terokai bakat orang kurang upaya supaya mereka boleh jalani kehidupan seperti insan lain, selain memanfaatkan kemahiran yang diasah untuk berdikari dan berjaya dalam hidup

Kisah Kita Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 8:26PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Terletak tidak jauh dari Pekan Lama Kimanis, Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis di Papar, Sabah memberi sinar kepada golongan istimewa untuk menjalani kehidupan sepertimana insan biasa.   

Di situ, bakat dan potensi orang kurang upaya diteroka dan dipupuk, supaya mereka boleh memanfaatkan kemahiran yang diasah untuk berdikari dan seterusnya berjaya dalam hidup.

Malah, impak kewujudan kompleks itu bukan sahaja dirasai oleh golongan berkenaan tetapi juga warga petugas termasuk Pengetuanya Dk Suhaila Pg Suhaimi, yang berkata pusat tersebut mengajar beliau mengenai makna sebenar, antara lain, belas ihsan dan keterangkuman.

Beliau yang telah dua tahun menerajui pusat tersebut berkata, di situ juga beliau menemukan ketenangan yang tidak dirasai di tempat lain, terutama ketika dikelilingi oleh pelatih istimewa.

Empat Program 

Menurut Dk Suhaila yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kebajikan Daerah, pada masa ini terdapat 34 pelatih istimewa di kompleks itu yang menawarkan empat program komprehensif, iaitu bakeri, pengkomputeran, menjahit dan membuat perabot rotan.   

“Program berkenaan yang mengambil masa antara sembilan dan 24 bulan, melengkapi pelatih dengan kemahiran yang mereka mahukan. Akan tetapi, matlamatnya bukan sekadar membangunkan kemahiran, sebaliknya turut memupuk perasaan terangkum dalam kalangan pelatih serta memberikan mereka satu tujuan, agar pada akhirnya mereka juga boleh menyumbang kepada masyarakat,” katanya. 

Jelas beliau, melalui perkongsian strategik dan program berinovasi, kompleks itu yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, adalah pemacu ke arah masyarakat yang lebih terangkum dan mudah diakses.

“Walaupun ramai yang melihat anak istimewa membawa cabaran besar, kami di kompleks ini menemukan kegembiraan semasa bersama mereka.

“Kasih sayang yang kami curahkan kepada mereka ketika memberi latihan, berperanan sebagai terapi buat kami. Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya ‘rezeki’ berbakti kepada anak-anak istimewa ini.

“Melihat perkembangan anak-anak ini dari segi kemahiran dan pengetahuan, kami kagum dengan keazaman mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang turut menyumbang,” katanya, menambah institusi itu membuktikan bimbingan dan sokongan yang tepat dapat menyerlahkan potensi setiap warga istimewa tersebut.

Kompleks itu juga berperanan meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak terbeban dengan stigma dan bertindak 'menyorokkan' anak mereka.

Meneroka Bakat Tersembunyi  

Sementara itu, dalam satu temu  bual dengan pelatih istimewa yang diadakan bersempena lawatan Persatuan Penggiat Media Labuan ke kompleks tersebut baru-baru ini, mereka begitu teruja berkongsi pengalaman mengikuti latihan intensif di pusat berkenaan.

Masli Unsigang, 30, dari Kota Marudu yang mengikuti program berkaitan komputer, berkata tempoh sembilan bulan di pusat itu adalah pengalaman yang amat berharga baginya.

“Setiap hari ketika menghadiri kelas, saya berasa begitu bersemangat kerana mendapat sokongan guru dan rakan pelatih lain. Saya dapat bertemu kawan baharu yang bukan sahaja mesra tetapi turut membantu,” katanya, menambah guru juga begitu sabar mendidik mereka.

Rakan sekursusnya, Roy Sebastian Teo, 21, dari Tuaran, pula berkata, latihan komprehensif dalam bidang pengkomputeran membantunya meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris, kerana dia banyak menonton filem berbahasa Inggeris serta kandungan berpengetahuan melalui platform YouTube.

Tambah anak muda itu lagi, dia bertekad untuk menguasai sepenuhnya ilmu mengenai sistem operasi komputer yang sedang diikutinya di pusat tersebut.  

Masli dan Teo turut menyuarakan keyakinan mampu menyumbang kepada komuniti menerusi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di kompleks itu.

Sementara itu, tiga pelajar daripada kelas menjahit, iaitu Dayang Emeliah Semin, Jackob Yoshua Jeffry dan Jessie Natalia Jambrih - kesemuanya berusia 19 tahun - menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada guru di pusat berkenaan. 

Masing-masing yang menerima sijil daripada pusat latihan menjahit Sabah, SJ Tailor & kemahiran berkata, mereka memulakan latihan di situ tanpa kemahiran menjahit.

“Saya langsung tidak ada kemahiran menjahit, tetapi dalam tempoh lima bulan belajar, saya bukan saja tahu menjahit tetapi juga menyiapkan sehelai gaun,” kata  Dayang Emeliah.

Jackob Yoshua pula pada awalnya tidak pasti akan kemampuannya mempelajari kemahiran itu. Sementelah bidang tersebut didominasi oleh kaum Hawa. Namun, hasil bimbingan para guru, bakatnya dalam bidang tersebut berjaya dicungkil. 

“Saya mahu membantu ibu saya di kedai jahit kami di Penampang,” kata Jessie Natalia, menambah dia kini dapat menyiapkan pakaian tradisional Kadazan Dusun selepas enam bulan mengikuti kursus berkenaan.

Temu bual itu turut disertai oleh pelatih kurang upaya  pendengaran dan percakapan daripada kelas peralihan yang berkongsi kegembiraan mereka belajar di pusat berkenaan menerusi  bahasa isyarat.

Sementara itu, Dk Suhaila berkata, sebelum pelatih mengikuti program di pusat berkenaan, mereka akan menjalani saringan dari segi kesihatan dan keupayaan bagi memastikan latihan yang akan diberi bersesuaian dengan kemampuan mereka.

“Dengan cara ini, kita dapat memaksimumkan potensi mereka, sekali gus menyumbang kepada kejayaan. 

“Kesemua pelajar ini, kecuali daripada kelas peralihan, akan tamat pengajian bulan depan, dan kisah mereka adalah bukti kejayaan pendidikan secara inklusif yang dilaksanakan oleh kami,” kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Pelajar Istimewa Taarana Pamerkan Bakat Terpendam

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

OKU Tanpa Tangan Buktikan Mampu Jadi Tukang Jahit Berjaya

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Uber Akan Bayar Pampasan Berjuta Dolar Kerana Caj Berlebihan Pada Penumpang Kurang Upaya

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mohon Tidak Dianaktiri, OKU Seru SPR Pertingkat Kemudahan Golongan Itu

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong