web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Letupan Dilaporkan Berlaku Di Luar Sebuah Gereja Di Makassar, Indonesia

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 12:52PM

Polis Indonesia berjaga di sebelah beberapa buah kenderaan yang rosak akibat letupan di luar sebuah gereja di Makassar pada 28 Mac. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Satu letupan di sebuah gereja di Makassar, Indonesia pada hari ini disebabkan oleh sebuah bom, dengan cebisan anggota badan bergelimpangan di lokasi kejadian, kata polis Indonesia.

“Ada satu letupan berlaku dan kami mengesyaki ia berpunca daripada bom.

“Kami juga menjumpai anggota badan dan sedang menyiasat adakah ia dari penyerang ataupun dari orang awam. Mangsa-mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital,” kata jurucakap polis Sulawesi Selatan E. Zulpan kepada wartawan.

Letupan tersebut telah digambarkan oleh seorang paderi sebagai satu serangan bunuh diri.

Rakaman agensi berita tempatan menunjukkan kereta berdekatan dengan bangunan itu rosak akibat letupan tersebut ketika polis menutup kawasan sekitar.

Letupan di gereja Katolik utama bandar itu berlaku sejurus selepas upacara keagamaan tamat, kata seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai paderi gereja tersebut kepada Metro TV.

“Kami sedang menamatkan upacara dan para jemaah sedang beransur pulang bila letupan berlaku,” kata lelaki yang hanya dikenali sebagai Willem.

Paderi tersebut berkata seorang jemaah cuba menghalang, apa yang digambarkan sebagai penyerang bunuh diri, daripada masuk ke gereja, beliau juga menambah yang 10 orang cedera akibat letupan.

Gereja pernah disasarkan oleh pejuang ekstremis di Indonesia sebelum ini, negara yang mempunyai populasi umat Islam terbesar di dunia.

Pada 2018, 12 orang terbunuh apabila sekeluarga pengebom bunuh diri meletupkan diri sendiri di beberapa gereja di sekitar Surabaya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wow, Macam 'Movie' Lah Meletup Tu!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad