web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Depoh Kontena Di Tenggara Bangladesh, 14 Maut, 187 Cedera

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 1:05PM

Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran yang berlaku di kemudahan penyimpanan kontena di Sitakunda, kira-kira 40 km dari pelabuhan utama Chittagong pada 5 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DHAKA - Kebakaran besar berlaku di sebuah depoh kontena persendirian di wilayah Chattogram tenggara Bangladesh pada Sabtu, membunuh 14 orang dan mencederakan 187 orang lagi.

SM Rashidul Haque, Penguasa Polis (SP) daerah Chattogram yang terletak kira-kira 242 km tenggara ibu kota Dhaka, memberitahu Xinhua pada Ahad pagi bahawa 14 orang meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Chattogram kerana melecur teruk di badan mereka.

Kebanyakan mangsa mengalami lecur ringan hingga teruk, dan keadaan kesihatan beberapa mangsa yang lain juga kritikal.

Seorang pegawai bomba, yang enggan namanya disiarkan, berkata sebanyak 16 unit pemadam kebakaran sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan di BM Container Depot Ltd, sebuah syarikat gabungan Belanda-Bangladesh.

Beliau berkata kebakaran berlaku di kawasan kontena yang terletak di Sitakunda di pinggir bandar pelabuhan utama Chattogram di Bangladesh.

Menurut maklumat awal, kebakaran berlaku di sebuah kontena yang sarat dengan bahan kimia di perkarangan depoh itu.

Menurut pegawai  bomba yang bertungkus lumus sepanjang malam memadamkan kebakaran, angka kematian berkemungkinan meningkat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran