web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Oklahoma - Polis

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 11:42AM

Pegawai polis dan kakitangan kecemasan menjawab panggilan mengenai seorang lelaki bersenjatakan senapang di Bangunan Natalie di Hospital St Francis di Tulsa, Oklahoma. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Empat orang terbunuh di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma dalam kejadian tembakan di sebuah hospital tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik polis pada Rabu.

Polis berkata pihaknya menerima satu panggilan mengenai insiden tembakan di Bangunan Natalie di kampus Hospital St Francis pada 4.52 petang waktu tempatan (2152 GMT), dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Setakat ini empat orang awam dan seorang penembak maut.” kata Timbalan Ketua Polis Eric Dalgleish kepada pemberita.

Polis turut menemukan selaras senapang panjang dan sepucuk pistol di tempat kejadian dan percaya senjata itu telah digunakan suspek.

Suspek dipercayai maut akibat menembak diri sendiri.

Polis berkata identiti suspek belum dapat disahkan namun siasatan awal mendapati penembak seorang lelaki kulit hitam berumur antara 35 hingga 40 tahun.

Butiran lanjut mengenai motif kejadian tidak dimaklumkan.

Kejadian berlaku ketika bandar itu menyambut ulang tahun ke-101 tragedi pembunuhan Tulsa, yang menyasarkan penduduk kulit hitam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Cedera Dalam Kejadian Tembakan Semasa Berkempen

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Puchong Prima

4

Semasa 2 tahun yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan