web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kereta Paling Mahal Di Dunia, Mercedes 1955 Dijual RM629 Juta    

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 11:56AM

Gambar dari RM Sotheby’s

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Mercedes-Benz 1955, telah dilelong awal bulan ini dengan harga AS$143 juta (RM628 juta), menjadikannya kereta paling mahal di dunia yang pernah dijual, RM Sotheby's ketika mengumumkannya pada Khamis.

"Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupe dari 1955 telah dilelong pada harga  €135,000,000 kepada pengumpul persendirian,'' demikian menurut syarikat lelong kereta klasik itu dalam satu kenyataan.

Kereta itu dijual hampir tiga kali ganda berbanding rekod sebelumnya, yang direkodkan pada 2018 oleh Ferrari 250 GTO 1962 yang berharga lebih $48 juta dolar.

Lelong itu dibuat pada 5 Mei di Muzium MercedesBenz Museum di Stuttgart, Jerman.

Kereta itu adalah satu daripada dua prototaip yang dibina oleh unit lumba Mercedes-Benz dan dinamakan sempena nama pencipta dan ketua juruteranya, Rudolf Uhlenhaut, menurut RM Sotheby's.

''Pembeli persendirian telah bersetuju bahawa 300 SLR Uhlenhaut Coupe boleh diakses untuk paparan umum pada majlis-majlis khas, manakala 300 SLR Coupe kedua kekal dalam pemilikan syarikat dan akan terus dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart," lelongan itu,'' tambah syarikat terbabit.

Menurut RM Sotheby's, hasil lelongan itu akan digunakan untuk menubuhkan Dana Mercedes-Benz di seluruh dunia yang akan membiayai penyelidikan sains alam sekitar dan penyahkarbonan. - AFP

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad