web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis New York Buru Penyerang Di Stesen Kereta Api Bawah Tanah

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 3:20PM

Polis mengadakan kawalan di stesen kereta api bawah tanah di New York City. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Operasi memburu seorang lelaki yang memakai topeng gas dan melepaskan tembakan di dalam kereta api bawah tanah ke arah penumpang yang ketakutan di New York sedang dijalankan secara besar-besaran.

Menurut polis, insiden di Brooklyn itu bagaimanapun tidak disiasat sebagai serangan pengganas, tanpa motif pada peringkat ini. Tiada kecederaan yang dianggap mengancam nyawa.

Pesuruhjaya Polis New York, Keechant Sewell pada sidang media memaklumkan suspek penyerang yang disyaki bersenjata itu memakai topeng gas sebaik kereta api itu tiba di stesen.

Penyerang 'membuka dua tin gas dan asap kemudiannya memenuhi seluruh stesen bawah tanah," kata Sewell. 

''Dia kemudiannya menembak beberapa penumpang ketika kereta api berhenti di stesen 36th Street.''

Selain 10 mangsa cedera akibat tembakan, 13 yang lain cedera ketika mereka cuba keluar dari stesen atau terhidu asap, menurut polis.

Sewell berkata polis telah mengenal pasti "individu yang disyaki" dan menggambarkan dia sebagai "lelaki berkulit gelap" memakai jaket oren neon serta baju sejuk kelabu.

Ketua Polis New York, James Essig berkata, penyerang melepaskan 33 das tembakan. Polis kemudiannya menemui senjata Glock 17 sembilan milimeter, tiga tambahan kelopak peluru dan kapak di tempat kejadian.

Kedua-dua Sewell dan Essig berkata, penyerang telah memuatnaik beberapa video di YouTube mengenai dirinya serta mengulas panjang mengenai politik dan kadang kala menjadi agresif.

Dia juga mengkritik Datuk Bandar New York City, Eric Adams. - AFP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek