web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


99 Peratus Penduduk Dunia Hirup Udara Tidak Sihat - WHO

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 1:03PM

Pemandangan di bandar Seoul yang dirakamkan pada 15 Disember 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA - Kira-kira 99 peratus penduduk dunia didapati menghirup udara yang tidak sihat melebihi had kualiti udara ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menurut data terkini agensi PBB itu pada Isnin.

Lebih 6,000 bandar di 117 negara menjalankan pemantauan kualiti udara, namun penduduk di negara-negara terbabit masih terdedah dengan zarah halus dan nitrogen dioksida yang tidak sihat.

Rakyat di negara berpendapatan rendah dan sederhana didapati paling banyak terdedah kepada udara tidak sihat.  

“Kebimbangan mengenai perkara itu menjadikan pentingnya untuk mempercepat peralihan kepada sistem tenaga yang lebih bersih dan sihat.

"Harga bahan api fosil yang tinggi, keselamatan tenaga dan keperluan mendesak untuk menangani cabaran kesihatan, pencemaran udara dan perubahan iklim, membuatkan dunia perlu bergerak lebih pantas ke arah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil,” kata ketua pengarah WHO Tedros Ghebreyesus.

Data baharu itu dikeluarkan menjelang Hari Kesihatan Sedunia yang akan disambut pada 7 April, dengan tema “Our planet, our health”.

Kira-kira 2,000 lagi bandar dan penempatan manusia kini merekodkan data pemantauan tanah untuk zarah, PM10 dan/atau PM2.5, berbanding data sebelum ini, menurut WHO.

Kedua-dua bahan pencemar itu berpunca terutamanya daripada aktiviti manusia berkaitan pembakaran bahan api fosil. 

Data itu menunjukkan peningkatan hampir enam kali ganda sejak pengumpulan data dibuat pada 2011. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran