web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Penagih Seks' Didakwa Bunuh 8 Orang, Nafi Motif Perkauman

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 10:06AM

Robert Aaron Long - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ATLANTA - Seorang lelaki berusia 21 tahun dengan masalah “ketagihan seks” didakwa membunuh lapan orang di premis spa di sekeliling bandar Atlanta di Amerika Syarikat (AS),  dalam tiga serangan yang telah menimbulkan rasa gerun di kalangan komuniti Asia-Amerika.

Polis berkata, suspek dikenali sebagai Robert Aaron Long itu menafikan yang dia mempunyai motif perkauman dalam menjalankan serangan ke atas tiga premis spa, tetapi motif suspek melepaskan tembakan masih belum ditentukan pihak berkuasa.

“Suspek mengaku bertanggungjawab untuk insiden tembakan tersebut,” kata Kapten Jay Baker daripada Pejabat Sheriff Daerah Cherokee.

Long, lelaki berkulit putih, “medakwa serangan tersebut tidak bermotifkan perkauman” tambah Baker, tetapi beliau menekankan bahawa siasatan masih dalam peringkat awal.

Suspek memberitahu yang dia mengalami masalah ketagihan seks, kata Baker lagi.

Long memberitahu polis yang dia kerap ke rumah urut dan spa sebelum ini dan menyerang beberapa premis perniagaan tersebut untuk membalas dendam terhadap “godaan” yang dirasakan perlu dihapuskan.

Aktivis percaya, serangan tersebut adalah bukti peningkatan siri keganasan terhadap komuniti Asia - Amerika, satu isu yang hangat diperkatakan ketika kemuncak penularan COVID-19, apabila bekas Presiden AS, Donald Trump mengelarkan wabak itu sebagai ‘Virus China’.

“Kami telah hilang banyak nyawa tahun lepas. Sifat rasisme dan diskriminasi jelas kelihatan dalam peningkatan keganasan terhadap komuniti Asia-Amerika yang dijadikan kambing hitam kerana pandemik.

“Ia membangkitkan kesedaran dalam diri kita,” kata Sam Park, wakil komuniti Asia-Amerika di Atlanta kepada AFP. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad