web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di Spa

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 12:34PM

Pegawai pemeriksaan perubatan membawa keluar mayat daripada spa di mana tiga orang terbunuh dalam insiden tembakan di Atlanta, Georgia pada 16 Mac.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Lapan terbunuh, majoritinya dipercayai wanita keturunan Asia dalam kejadian tembakan di tiga spa berbeza di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dan seorang suspek lelaki berumur 21 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam ketiga-tiga serangan itu, kata polis.

Insiden tembakan ini berlaku di celah kebimbangan warga Amerika-Asia terhadap peningkatan kes keganasan terhadap mereka, sekali gus mencetuskan andaian bahawa perniagaan dijalankan golongan terbabit sengaja dijadikan sasaran.

Empat daripada mangsa dibunuh di Young's Asian Massage berdekatan dengan Acworth, pinggir bandar ibu kota Georgia, Atlanta, lapor akhbar Atlanta Journal-Constitution, memetik pejabat sheriff daerah Cherokee.

Kapten Jay Baker dari pejabat sheriff  memberitahu akhbar itu, mangsa terdiri daripada dua wanita Asia, seorang wanita kulit putih, seorang lelaki kulit putih dan seorang lelaki Hispanic yang mengalami kecederaan.

Jabatan polis Atlanta dalam satu kenyataan berasingan mengesahkan, empat wanita ditemui mati di dua premis perniagaan di timur laut Atlanta, dikenali sebagai Gold Massage Spa dan Aroma Therapy Spa.

Polis memberitahu CNN, kesemua mangsa di Atlanta juga disahkan berketurunan Asia.

Pihak berkuasa turut mengenal pasti Robert Aaron Long sebagai suspek dalam ketiga-tiga kejadian tembakan.

Berdasarkan video pengawasan daripada semua lokasi kejadian, jurucakap polis Atlanta Sgt John Chafee memberitahu AFP, kemungkinan semua serangan itu dilakukan suspen yang sama ditahan di Cherokee adalah amat tinggi.

Atlanta Journal-Constitution melaporkan, Long ditahan 240km daripada Atlanta, selepas kelibatnya dirakam oleh kamera pengawasan.

“Pada masa ini, penyiasat sedang mengumpul maklumat daripada kedua-dua lokasi kejadian untuk mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku dan mendapatkan informasi yang sahih mengenai suspek,” kata Jabatan Polis Atlanta dalam satu kenyataan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Penjenayah Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Menurun Setakat Jam 8 Malam

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar