web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Australia Usahakan Gelembung Perjalanan Dengan Singapura

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 9:21AM

Orang ramai berjalan di sepanjang balai transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada 7 Januari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY: Australia sedang bekerjasama dengan Singapura untuk mengusahakan satu gelembung perjalanan antara kedua-dua negara itu dalam usaha untuk memulihkan semula industri pelancongan yang terkesan oleh wabak COVID-19.

Ia dijangka dilaksanakan seawal bulan Julai, kata pihak berkuasa hari ini.

Pada awal pandemik itu, Australia menutup sempadan antarabangsanya untuk menyekat penyebaran wabak coronavirus itu,  dengan bukan warga negara dihalang memasuki negara berkenaan kecuali ada sebab yang kukuh.

“Melihatkan vaksin sedang dilancarkan, bukan sahaja di Australia tetapi juga di negara-negara yang lain, kami akan membuka lebih banyak gelembung perjalanan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Australia Michael McCormack kepada ABC.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan perjanjian itu akan membenarkan warga Singapura dan Australia yang sudah divaksin untuk bergerak antara dua negara tanpa perlu menjalani tempoh kuarantin.

Akhbar itu juga memberitahu Canberra juga mengharapkan mereka yang berasal dari negara ketiga - seperti pelajar antarabangsa, ahli perniagaan dan juga warga negara yang ingin kembali - boleh melengkapkan kuarantin dua minggu di Singapura sebelum terbang ke Australia.

Singapura telah membuka sempadannya untuk beberapa negara yang berjaya mengawal virus itu termasuk Australia, dan pihak berkuasa berkata yang ia ingin mewujudkan koridor perjalanan timbal balik.

“Kalau negara lain memulakannya, kita boleh mengusahakan satu gelembung, kita akan ada timbal balik dan boleh memulakan perjalanan. Saya berharap yang ia akan berlaku tahun ini,” kata Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung kepada stesen radio tempatan pada Jumaat. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad