web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gunung Everest Dibuka Untuk Pendakian April Ini

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 4:50PM

Pemandangan Gunung Everest yang dirakamkan dari udara. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KATHMANDU - Para pendaki dijangka kembali ke Gunung Everest untuk kali pertama selepas setahun gunung itu ditutup kepada awam susulan penularan COVID-19.

Mereka bagaimanapun terpaksa mengikut peraturan ketat selepas gunung tertinggi di dunia itu dibuka semula pada April ini.

Dijangkakan lebih 300 pendaki akan mendaki gunung setinggi 8,849 meter itu pada musim mendaki ini berbanding 381 orang bagi tempoh yang sama pada 2019.

Menurut Pegawai Jabatan Pelancongan Nepal, Mira Acharya, pendaki dikehendaki menjalani kuarantin selama seminggu dan menunjukkan sijil bagi membuktikan mereka negatif COVID-19.

Sebanyak lapan daripada 14 gunung tertinggi di dunia terdapat di Nepal termasuk Gunung Everest. Ia menyumbangkan kepada pendapatan setahun bernilai berjuta-juta ringgit kepada negara itu.

Sementara itu, Lukas Furtenbach, dari Furtenbach Adventures iaitu sebuah syarikat yang membawa pendaki ke Everest berkata, syarikatnya akan membawa 22 pendaki dalam lima kumpulan termasuk dua ekspedisi ke Everest.

Menurutnya, ada sebahagian pelanggannya yang telah menunda perancangan untuk mendaki ke tahun depan disebabkan peraturan ketat untuk pengembara seperti di Britain.

"Kami mempunyai protokol COVID-19 yang ketat dengan jadual ujian virus, doktor ekspedisi serta protokol kebersihan," katanya.

Nepal memulakan kempen vaksinasi AstraZeneca pada bulan Januari lalu. Ia merupakan hadiah daripada India.

Dalam pada itu, organisasi pendakian memaklumkan bahawa bahagian Gunung Everest yang terletak di sebelah China, yang ditutup kepada pendaki warga asing tahun lepas, akan terus ditutup. - CNN

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad