web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Artis Russia Ditahan Berkenan Arca Najis Gergasi

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 11:19AM

Gambar arca najis yang dimuat naik ke media sosial Volkov tidak lagi boleh dijumpai pada petang Isnin. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAINT PETERSBURG - Seorang artis Rusia telah ditahan kerana pemasangan seni dalam bentuk najis gergasi berhampiran tugu peringatan perang di tengah Saint Petersburg, mengikut polis dan laporan media.

Seorang penduduk Moscow, berusia sekitar 30, telah ditahan kerana “disyaki melakukan perkara tidak senonoh”, kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

“Satu kertas siasatan telah dibuka atas tuduhan menghina orang mati dan tempat pengebumian,” tambahnya.

Jika disabitkan kesalahan, artis yang dinamakan Ivan Volkov mengikut portal berita Fontanka.ru, berdepan dengan hukuman penjara lima tahun.

Laporan Fontanka itu berkata Volkov, pada minggu lalu, mencipta arca salji sepanjang lima meter, dan mengecatnya warna perang dan melukis lopak kuning di sekelilingnya.

Arca itu di tempatkan di Field of Mars, Saint Petersburg, di mana mangsa Revolusi Russia pada 1917 di kebumikan.

Laporan itu menambah Volkov memuat naik gambar arca itu di laman Instagram dan Facebooknya dengan kapsyen “Caca”.

Pada petang Isnin gambar-gambar itu tidak lagi boleh dijumpai di media sosial.

Pada Disember, seorang bloger Russia berusia 19 tahun disabitkan kesalahan di Moscow dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana membuang air kecil pada potret seorang veteran Perang Dunia II. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar