web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angka Korban Semeru Meningkat 13 Orang

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 11:36AM

Bangkai binatang ternakan dilitupi abu dari gunung berapi Semeru, di kampung Sumber Wuluh, Lumajang. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMAJANG (Indonesia) - Angka korban akibat letupan gunung berapi Semeru, semalam, meningkat kepada 13 orang, manakala 10 orang yang terperangkap berjaya diselamatkan.

Letusan gunung terbesar di Jawa itu telah mengejutkan penduduk pada Sabtu, menyebabkan beribu-ribu orang melarikan diri dan memaksa mereka mendapatkan perlindungan sementara di masjid.

Ia juga menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kampung di daerah Lumajang disaluti abu gunung berapi dan turut menenggelamkan rumah-rumah.

Penduduk berteduh di sebuah masjid di kampung Sumber Wuluh di Lumajang. - Gambar AFP
Penduduk berteduh di sebuah masjid di kampung Sumber Wuluh di Lumajang. - Gambar AFP

Video yang dirakamkan menunjukkan Semeru memuntahkan debu ke udara, mengakibatkan penduduk menjerit ketakutan dan melarikan diri.

"Angka korban kini 13 orang. Pasukan penyelamat menemui banyak lagi mayat," kata jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhari kepada AFP menerusi panggilan telefon.

Seramai 10 orang yang terperangkap pula telah diselamatkan dari kawasan sekitar Lumajang, kata Abdul Muhari.

Sekurang-kurangnya 57 orang cedera dengan 41 mangsa mengalami luka terbakar, kata BNPB dalam kenyataan media.

Agensi tersebut telah menghantar bantuan ke tempat perlindungan berupa makanan, tarpaulin, pelitup muka dan beg mayat.

Status amaran Semeru kekal pada paras kedua tertinggi sejak letusan besar pada Disember 2020, yang turut memaksa beribu-ribu orang melarikan diri dan meninggalkan kampung berkenaan. - AFP

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar