web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin Pfizer COVID-19 Amat Berkesan Dalam 'Dunia Nyata'

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 3:40PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal, Pfizer, yang telah diuji kepada lebih sejuta individu, didapati sangat berkesan untuk membendung penyakit serius dan kematian, walaupun dengan satu dos sahaja.

Keputusan hasil kajian menerusi kempen besar-besaran di Israel mendapati manfaat vaksin tersebut, yang dilihat dalam ujian berskala kecil, kekal kelihatan apabila digunakan kepada orang awam.

Vaksin itu didapati 92 peratus berkesan untuk membendung penyakit selepas dua suntikan dan 62 peratus selepas kali pertama suntikan.

Dianggarkan kadar pencegahan kematian pula meningkat sebanyak 72 peratus selepas dua hingga tiga minggu pemberian dos pertama. Kadar ini dijangka meningkat dari masa ke semasa.

Vaksin Pfizer dibangunkan oleh syarikat Jerman, BioNTech.

Kajian itu juga mendapati faktor umur tidak mempengaruhi keberkesanan vaksin tersebut.

"Ini sangat meyakinkan, lebih baik dari apa yang saya jangkakan,” ujar Dr. Gregory Poland dari Klinik Mayo.

Dr. Buddy Creech dari Universiti Vanderbilt turut bersetuju.

"Walaupun selepas satu dos, kita dapat melihat keberkesanan yang sangat tinggi dalam mencegah kematian,” katanya.

Meskipun kedua-dua doktor tersebut tidak terbabit dalam kajian yang dijalankan di Israel itu, namun mereka banyak terlibat dengan kerja-kerja penghasilan vaksin wabak COVID-19.

Mereka juga memaklumkan data baru dari kempen tersebut mungkin dapat membolehkan penundaan tempoh suntikan dos kedua atau hanya memberi satu suntikan sahaja, seperti yang ingin dilakukan oleh United Kingdom dan Perancis.

"Saya lebih suka melihat 100 juta orang diberi satu dos berbanding melihat 50 juta orang menerima dua dos,” kata Creech.

Vaksin Pfizer harus diberi sebanyak dua suntikan, selang tiga minggu.

Buat masa ini, Israel telah memvaksinkan hampir separuh penduduknya.

Awal minggu ini, dua kajian yang dijalankan di UK mendapati penggunaan vaksin COVID-19 masih mampu memberi manfaat meskipun dos kedua itu berbeza jenama. - The Associated Press Health, 26 Februari 2021.

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad