web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Bakal Sambut Pelawat Lengkap Vaksin - Prayuth

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 7:52AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand bakal menyambut kedatangan pelawat antarabangsa yang lengkap vaksinasi COVID-19 dari negara berisiko rendah mulai 1 November dalam usaha untuk menghidupkan kembali industri pelancongan.

Dalam ucapan yang disiarkan televisyen tempatan, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata pelawat dari sekurang-kurangnya 10 negara berisiko rendah termasuk United Kingdom (UK), Singapura, Jerman, China, dan Amerika Syarikat (AS) yang memasuki negara ini melalui perjalanan udara akan dikecualikan daripada kuarantin.

Beliau berkata lebih banyak negara akan dimasukkan ke dalam senarai itu menjelang Disember dan 1 Januari.

“Pelawat dari negara-negara yang tidak termasuk dalam senarai, tetap dialu-alukan tetapi perlu mematuhi syarat-syarat kuarantin dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata pelawat dari negara berisiko rendah perlu menunjukkan mereka bebas COVID-19 menerusi ujian RT-PCR sebelum meninggalkan negara asal dan menjalani ujian lain di Thailand.

Prayuth juga telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan Kementerian Kesihatan Awam untuk segera mempertimbangkan rancangan pembukaan semula itu dalam minggu ini.

Sementara itu, katanya Thailand merancang untuk membenarkan semula minuman beralkohol di restoran serta operasi tempat hiburan dengan langkah pencegahan kesihatan yang sesuai mulai 1 Disember untuk merancakkan kembali sektor pelancongan dan riadah terutama pada tahun baharu.

Pada pertengahan Jun, Prayuth mengumumkan Thailand akan membuka semula sempadan negara kepada pengunjung yang lengkap divaksin dalam tempoh 120 hari atau pada pertengahan Oktober.

Beliau menggambarkan pembukaan semula untuk negara berisiko rendah ‘langkah pertama yang kecil tetapi penting’ bagi memulihkan punca pendapatan.

“Selama beberapa minggu lepas, beberapa negara sumber pelancongan terpenting di Thailand telah mula mengurangkan sekatan perjalanan terhadap warganegara mereka termasuk UK, Singapura dan Australia.

“Dengan perkembangan ini, kita mesti bertindak pantas tetapi tetap berhati-hati dan tidak melepaskan peluang menarik pelancong sempena musim cuti akhir tahun dan tahun baharu untuk menyokong jutaan orang yang bergantung kepada sektor pelancongan, hiburan serta sektor- sektor lain yang berkaitan sebagai sumber rezeki,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad