web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


India Buka Semula Sektor Pelancongan 15 Oktober

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 8:32PM

Kanak-kanak bermain bola di pantai di Mumbai - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - India akan membuka semula sektor pelancongannya mulai 15 Oktober ini, selepas lebih setahun ditutup akibat pandemik coronavirus, kata kerajaan semalam.

Pada Mac 2020, negara berkenaan telah menggantung semua visa untuk warga asing apabila Perdana Menteri, Narendra Modi melaksanakan perintah berkurang yang ketat.

“Selepas mempertimbangkan pelbagai input, MHA (Kementerian Dalam Negeri) memutuskan untuk memberikan Visa Pelancongan yang baharu kepada warga asing ke India, menerusi penerbangan yang disewa bermula 15 October,” kata MHA dalam satu kenyataan.

“Pelancong asing yang masuk ke India melalui penerbangan selain pesawat yang disewa, boleh berbuat demikian mulai 15 November 2021, menerusi Visa Pelancong yang baharu,'' tambah kenyataan itu.

Awal tahun ini, negara yang mempunyai penduduk kira-kira 1.3 bilion orang itu terjejas teruk akibat jangkitan COVID-19 dengan kira-kira 400,000 kes dan 4,000 kematian dilaporkan setiap hari.

Hospital menjadi sesak apabila lebih 200,000 orang meninggal dunia dalam masa 10 minggu, menurut angka rasmi yang dipandang secara remeh.

Kenaikan itu adalah disebabkan oleh varian virus baru selain langkah kerajaan yang melonggarkan sekatan terlalu awal dan turut membenarkan acara sukan serta perayaan agama diadakan besar-besaran.

Bagaimanapun jumlah kes di negara itu kini telah menurun dengan sekitar 20,000 kes baharu sehari dan jumlah kematian yang dilaporkan adalah 200 ke 300 kematian dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Lebih 250 juta penduduk menerima dua dos vaksin dan ia melibatkan kira-kira 20 peratus daripada populasinya. Pakar bagaimanapun memberi amaran India akan menghadapi gelombang jangkitan lain.

Ekonomi India mengalami kemerosotan akibat wabak tersebut, dengan pendapatannya mengalami penurunan terburuk sejak merdeka, mendorong jutaan orang kembali ke era kemiskinan. - AFP

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad