web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Pemilihan PM Mesti Telus, Adil Dan Terbuka

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 11:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemilihan calon perdana menteri adalah satu proses yang penting dan perlu telus, adil dan terbuka untuk menunjukkan dengan jelas Ahli Parlimen mana mengundi calon yang mana satu.

Ini kerana Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menggunakan maklumat itu untuk memilih siapa akan menjadi perdana menteri.

Ada beberapa masalah dengan kaedah yang dicadangkan dalam surat yang ditulis oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada para Ahli Parlimen meminta mereka mengundi untuk seorang Ahli Parlimen yang mereka sokong untuk menjadi perdana menteri.

Satu, ia tidak memberi masa yang cukup bagi para Ahli Parlimen untuk membentuk pakatan yang perlu dibincangkan dengan parti sendiri dan bersama parti lain untuk memilih seorang calon. Ini amat penting terutama sekali tiada gabungan yang mempunyai sokongan majoriti.

Perdana Menteri Caretaker Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan mempunyai sokongan dari 100 orang Ahli Parlimen, manakala Pakatan Harapan (PH) ditambah dengan sekutu mempunyai 105.

Ia tidak jelas jika Muhyiddin akan menawarkan dirinya untuk menjadi calon kembali.

Beliau tidak sepatutnya berbuat sebegitu, kerana sebagai perdana menteri, dia telah kehilangan sokongan majoriti. Jadi partinya memerlukan masa untuk mengatur langkah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan padu dari PH, tetapi dia masih memerlukan sokongan dari parti lain untuk memberikan dirinya majoriti.

Untuk membentuk pakatan yang akan memastikan perkara ini terjadi memerlukan lebih banyak masa.

Setelah menunggu sekian lama untuk perletakkan jawatan Muhyiddin, keputusan untuk pencalonan perdana menteri yang baharu kini dibuat dengan terburu-buru, memandang situasi yang rumit sekarang ini.

Adalah wajar lebih banyak masa diberikan, mungkin seminggu.

Satu lagi perkara ialah cara di mana keputusan itu akan disampaikan - fax, email dan WhatsApp - penghantaran sendiri tidak dibenarkan. Dengan 220 Ahli Parlimen mempunyai akses kepada cara penyampaian ini, kemungkinan untuk ‘spamming’ boleh berlaku dan surat sokong palsu yang boleh dihantar.

Ini akan membuat proses untuk memastikan kebenaran surat-surat itu susah dan akan menyebabkan kekeliruan. Mengumpul data dan mengesahkannya sangat sukar. Membenarkan penghantaran sendiri atau melalui kurier pasti satu cara yang lebih baik.

Cara yang terbaik adalah untuk memastikan semua Ahli Parlimen untuk hadir di satu tempat, katakanlah di Parlimen, dan mencatat undian mereka secara terbuka dan telus.

Ini akan mengelakkan keraguan ke atas jumlah undian adalah tepat atau tidak dan untuk rakyat mengetahui siapa mengundi untuk siapa semasa Ahli Parlimen mengundi.

Sesi ini juga sepatutnya dijadikan sebagai persidangan Parlimen khas yang harus disiarkan secara langsung.

Prosedur Operasi Standard yang diperlukan boleh dilakukan dengan mudah untuk persidangan ini dilakukan.

Surat dari Speaker meminta Ahli Parlimen untuk merahsiakan undian mereka sehingga keputusan dibuat tetapi bila masa itu sampai, ia akan menjadi terlalu lewat. Dalam pusingan ini, sepatutnya tiada keraguan timbul dan hanya calon yang betul dan paling berhak dipilih untuk menjadi perdana menteri dengan membentuk satu kerajaan yang diberi mandat untuk mendapatkan majoriti dalam jangka masa yang akan ditentukan oleh satu undian di Parlimen.

Selepas ‘Langkah Sheraton’ yang berlaku tahun lalu, Muhyiddin telah dipilih untuk membentuk kerajaan, tetapi itu tidak memberhentikan mulut orang daripada mengatakan yang beliau tidak mendapat sokongan majoriti daripada semua Ahli Parlimen.

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun

In diburukan lagi dengan penangguhan agenda undian percaya yang telah diketepikan oleh Speaker sekarang Azhar, yang tidak mahu perkara itu didebat dan diundi, memberi tahu arahan sedia ada sebagai sebab kenapa beliau tidak perkara itu untuk dibangkitkan, walaupun ia satu perkara yang mustahak dan penting.

Muhyiddin juga mengelak daripada menghadiri sesi Parlimen dengan pelbagai cara, termasuk dengan mencadangkan darurat, yang pada awalnya ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi telah disokong dalam permohonan kedua pada Januari.

Walaupun selepas darurat ditamatkan, Muhyiddin terus menangguhkan sesi Parlimen di sebalik kehendak Seri Paduka Baginda dan Pemerintah yang lain bahawa persidangan Parlimen diadakan dengan lebih awal lagi. Sehingga sesi yang lepas di mana Muhyiddin menangguhkan Parlimen untuk mengelak undi percaya.

Ia sangat mustahak untuk kestabilan dan juga keyakinan rakyat, pemerintahan yang baik, ketelusan dan akauntabiliti bahawa satu teladan dan standard yang baik ditetapkan buat situasi kelak memandangkan ada kemungkinan adanya kerajaan pakatan di masa hadapan.

Ini adalah satu trend yang sedang menular bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, memberi contoh keperluan untuk menyatukan, kadang-kadang, golongan yang sangat terdesak melalui kompromi dan perundingan dengan syarat yang integriti, etika dan kejujuran bukan perkara yang boleh dirunding.  

Perkara yang dilalui oleh negara kita ini adalah satu peralihan yang penting dan mungkin akan berlaku lagi berulang kali di masa hadapan. Jadi, demi negara, raja dan rakyat mari kita laksanakan perkara ini dengan betul dari mula. - Getaran, 18 Ogos 2021

P Gunasegaram berkata yang keputusan yang betul bukan sahaja perlu dibuat tapi prosesnya perlu dilihat seperti mana keadilan. Beliau juga merupakan ketua eksekutif penyelidikan dan kumpulan penyokong Institut Sekhar dan konsultan editorial The Vibes

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 2 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga