Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Barangkali Allah Memilihku Untuk Campur Tangan...

"Perkahwinan. Allah memberikan kepada kamu yang kamu mahu. Dan Dia memberi kamu otak untuk membantu kamu jadikan perkahwinan itu bahagia." Minggu ini, Wirda Adnan bercerita tentang 'kasta' dan perkahwinan. Apakah ibrahnya kepada kita?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 3:39PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kalau yang dicari itu siapa yang salah dan siapa yang benar, tidak akan habis ceritanya. Terkadang mengalah adalah pilihan terbaik. Bukan kerana kita lemah. Betapa dengan mengalah kita menjadi lebih dewasa dalam berfikir.” 

Perkahwinan - Allah memberikan kepada kamu yang kamu mahu. Dan Dia memberi kamu otak untuk menjadikan perkahwinan itu berkesudahan dengan kebahagiaan. Maka bersyukurlah dengan apa yang telah Allah berikan kepada kamu. 

Remember, you said yes to that person for a reason. Focus on that reason when times are tough. Bukan mendengar hasutan syaitan, kerana syaitan akan bersorak riang melihat suami dan isteri bergaduh. Di sini siapa yang menang? Bukan kamu, bukan dia, bukan mak kamu, bukan kawan-kawan kamu, tetapi syaitan.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Mengapa saya mengawininya? Kerana dia sahaja yang ada di depan mata. Kami berkawan sejak zaman menengah lagi. Dia satu-satu lelaki yang saya kira sanggup melayani keluhan dan permasalahan keluarga. 

“Dia sangat sabar menanti biar saya tidak pernah sekalipun memberi isyarat yang saya akan menerimanya sebagai suami. Malah saya minta dia untuk mencari wanita yang sesuai untuknya dan saya katakan kepadanya saya tidak tahu sama ada saya mahu berkahwin atau tidak? 

“Saya pasti bagi keluarga saya orang kayangan, tidak mungkin boleh menerimanya daripada keluarga marhaen. Saya kenalnya pun kebetulan sedang saya menunggu driver selesai aktiviti kokurikulum (sekolah swasta). Dia dengan geng basikalnya dari sekolah kerajaan yang tidak jauh dari sekolah saya.

“Mereka terlanggar dahan besar di tepi jalan, mungkin saya penyebabnya kerana tiba-tiba tumpuan mereka kepada saya dan terlanggar sesama sendiri. Berlumuran darah, saat yang sama pemandu sampai, lalu kami hantarkan ke hospital. Saya selitkan nombor telefon dan berakhir daripada lima anak muda, seorang menjadi kawan.”

“Usia meningkat, kerana takut menjadi andartu dan kerana tiada lelaki lain dalam fikiran ini, saya mengajaknya berkahwin. Dia bersetuju tetapi seperti yang saya jangkakan, ia mendapat bantahan ibu. Dan bukan saja ibu, mak-mak dan pak-pak saudara juga satu hati menolak dia. 

“Apa kelasnya kamu kahwin dengan dia? Sekolah pun tak tinggi, keluarganya pun hidup susah dan sanggupkah kamu pulak nanti menanggung mereka? Malah kawan-kawan pun ada yang memberi pandangan sama.

“Mama lupa, dia konon kahwin orang kaya, tetapi apa yang diperlakukan oleh orang kaya itu pada dia dan anaknya ini? Daddy convert, kaki arak, kaki perempuan, akhirnya tinggalkan mama sendirian, dia berkahwin dengan kekasih gelapnya di gereja. Perkahwinan mama terlerai, bila sah ayah saya murtad.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Sepatutnya mama lebih bijak mengatur keluarga kecilnya, hanya saya dan dia, tetapi tidak. Mama terperangkap dengan kesombongan hidupnya sebagai anak orang kaya dan bila datuk pergi, entah di mana silapnya mama hanya ada banglo dua tingkat, itu sahaja. Duit dia di bank bila itu sahaja yang ada, lama-lama pun habis.

“Dia, Airel (suami), bagi mama, ibu saudara dan bapa saudara, sepupu-sepapat, mereka tidak memandangnya sebelah mata pada pun.  Mereka lebih rela saya hidup sebatang kara daripada kahwin dengan 'kerani cabok', bahasa mereka kepadanya. Saya tidak faham, pada abad milenium ini masih ada orang yang sebegini, pandang rendah kerana dia miskin.

“Ceritanya sekarang rumah tangga saya berantakan. Suami undur, kerana tidak tertahan dengan sikap ibu dan sikap saya juga yang mahu memenangkan ibu. Kerana apa? Kerana saya anak dan mama satu-satu ‘harta’ saya. Saya tahu terik perih dia membesarkan saya,  sambil melayan perangai panas baran daddy, yang mabuk dan membelakangkan agama.

“Saya terperangkap. Kami bergaduh siang malam, pagi petang.”

Linda datang menemui saya di subuh hari sedang saya masih di tikar sejadah. Saya sebenarnya sudah letih memberikan nasihat, tidak mahu lagi campur tangan dalam urusan rumah tangga orang.

Rumah tangga saya sendiri pun tidak terjaga, dengan ketiadaan pembantu, dengan kerja majalah yang bertimbun, saya mahu lari daripada masalah orang lain. Tetapi barangkali Allah memilih saya untuk membantu mereka, saya juga yang dicari bila si ibu menghalau menantu keluar rumah.

Ya, Allah mahu saya masuk campur juga barangkali.

“Ya Tuhanku, Lapangkan dadaku. Mudahkan bagiku urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.” (Thaha:25-28)

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Linda, remind yourself: Allah is with you. He’s watching you over you. He is testing you because He loves you. He hasn't forgotten you. He’s making you stronger.

Linda, ketepikan cerita ibumu seketika, tumpukan kepada kamu dan dia. Fikirkan ini, ‘A husband and wife may disagree on many things, but they must absolutely agree on this-- to never ever give up.

Linda, jikalau nafkah lahir dan batinmu dipenuhi dan dia tidak mendera kamu fizikal dan mental, serta tidak curang.

Tidak melebihkan kawan-kawan atau adik-beradiknya sehingga kamu tidak tertanggung rasa perih di hati. Jika dia ringan tulang membantu mengurangkan kerja rumah, dia tidak goyang kaki membiarkan kamu yang mencari rezeki dan kamu juga yang semput melayan semua kehendaknya, elok fikirkan semasak-masaknya.

Jangan terburu membuat keputusan, ingat rumput di seberang belum tentu lebih menghijau.

Linda, seperti mana kamu benci dikongkong, lebihlah lagi kerana dia lelaki. Sifat lelaki memang lebih aktif. Dia juga ada kawan, ada hobi, ada perancangan untuk masa depan, jangan sampai dia lemas kerana terpaksa mengikut telunjuk kamu, telunjuk emak kamu, jangan nanti dia angkat kaki dan tidak kembali.

Linda, sekalipun rumah yang kamu duduk rumah kepunyaan kamu tetapi jangan kamu tidak henti-henti mengungkit. Jangan kamu ingat mentang-mentang itu rumah kamu, emak ayah kamu, sepupu sepapat kamu tidak boleh sesuka hati keluar masuk rumah dan suka hati berbaring di katil kamu.

Ingat, dia ketua keluarga, sekalipun dia kerani cabok, ingatlah kamu wajib mentaatinya.  

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Linda, kalau dia tidak biadab dengan ibu kamu dan melayan baik kedua orang tuanya (ingat syurga dia di telapak kaki ibunya dan syurga kamu di bawah telapak kaki suami (walaupun tiada hadis sahih), maka untuk apa kamu melepaskannya?  

Linda, jika ada seorang yang membuatmu merasa bahawa dia boleh membawa kamu dekat dengan agama dan mudah masuk syurga, maka harus kamu memilih dia untuk menjadikan temanmu dunia akhirat kerana sesuai tidaknya sebuah pernikahan ditentukan oleh agama, komitmen dan ketaatannya, bukan dengan wang, status mahupun salasilahnya.

Linda, bahagia rumah tangga itu bukan kerana besarnya jumlah wang yang diperolehi oleh suami setiap bulan, atau kerana kecantikan isteri. Tetapi bahagia itu datang jika suami dan isteri saling jujur dan saling menerima kekurangan, saling memaafkan dan saling mendoakan.

Linda, jika keyakinan adalah alasan terbesar seseorang itu untuk tetap bangkit dan berjuang meraih sesuatu, maka sabar adalah pendampingannya.

“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah), kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (an-Nisa:19)

Linda, tentang ibumu, kasih ibu tiada batas, tiada sempadan, pandai-pandailah mengambil hatinya. Ketika dia marah, diam. Ketika dia bersedih, ambil hatinya dan pujuk dia. Masa dia kesunyian, temani dia.

Jangan cuba mengajar dan memberontak. Api tidak boleh dilawan dengan api kerana akan marak dan merebak. Teruskan mengambil hati, bukan sahaja ibu tetapi suami kerana lambat-laun akan hilang benci dan datang sayang. 

Linda, sebagai nasihat terakhir, saya pinjam kata-kata daripada ‘everyday power’, ‘You can't just give up on someone because the situation is not ideal. Great relationships are not great because they have no problems. They are great because both people care enough about the other person to find a way to make it work.

Malangnya, suaminya tidak bersama, atau saya ada puluhan nasihat untuknya juga.

“Dapatkan pasangan hidup yang baik, buat dunia kita seperti di syurga, tetapi bila dah tersalah memilih pasangan membuat kita seperti di neraka dunia.” Bonda Rozita Ibrahim.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Saat ini saya teringat kisah di satu petang puluhan tahun lalu. Tiba-tiba sebuah Mercedes merah berhenti di pintu pagar. “Orang kayangan mana yang silap alamat,” kata di hati. Kemudian, berdiri seorang wanita di sebelah pintu keretanya, “Jom Wirda, mengopi.” 

Siapa? Rupanya kenalan ini yang sudah lama hilang dari radar, (lagipun bersamanya lebih banyak ‘negative energy.’ Don’t let negative and toxic people rent space in your head. Raise the rent and kick them out, hah!)

Tidak pandai beralasan, terima sahaja pelawaan dan saat mengopi, “Kau tahulah aku, tidak betah dengan hidup yang sukar. Ex aku dulu tidak rajin dan tak pandai cari duit. Dia hendak harap gaji pegawai dia tu yang tak berapa sangat?

“Aku suruh dia buat side income, tapi entahlah dia asyik sibuk layan anak (yang bongsu anak syurga. Katanya biarlah dia tumpukan perhatian pada anak). Aku hendak juga Mercedes atau BMW ke dan hendak juga bimbit Chanel, kalau tak dapat Birkin.”

“Aku beritahu dia, kalau you tunggu dia dan dia memang tak ada harapan untuk sembuh dan you tak ada extra income nak bawa dia ke hospital (tolong, I tak mahu pergi hospital kerajaan), macam mana? 

“Alasannya asyik anak, anak dan aku give up. Dan biarlah dia layan anaknya.

You Wirda, if I were you.. (sudah aku pula yang menjadi target!), I told you before, aku pelik, dulu ada datuk, ada anak raja, ada anak orang kayangan gilakan kamu, tetapi semua kamu tolak. Memang aku geram fikirkan kamu yang pilih hidup tak seberapa.

“Ah, you are so much better than him. Aku pelik, hidup you tak berubah sampai sekarang. Macam nilah, exitlah while you’re still young and beautiful.”

Ah energy is contagious. If you hang around negative energy, you will eventually start to absorb it - averstu.com 

Yes, ignore people who threaten your joy. Literally ignore them and say nothing. Don't invite parts of them into your space - Alex Elle. 

Saya bertemu dia kembali di masjid sebelum PKP. Berniqab, tentu saya tidak perasan dia yang duduk tidak jauh dari saya. Dia datang sujud kat saya. Mengingatkan kisah lama, “Tak tahu apa nak jadi dengan hidup aku sekarang, as second wife.

Rupanya dia isteri kedua pada datuk kaya yang sudah pun bankrap dan sikit-sikit harta yang ada diambil semua oleh isteri pertama. Dia juga memberitahu bekas suaminya sudah jadi orang besar.

Selepas anak mereka meninggal, bekas suaminya meneruskan pengajian master dan kemudian Ph.D dan kini berjaya. Ada syarikat sendiri. “Malas nak cakap, tetapi isterinya sekarang untunglah.” 

“Untuk pertama kalinya aku mulai merasakan penyesalan. Perasaan di mana aku berada di antara kasihan pada diri sendiri dan membenci diriku sendiri, tentang seluruh hidupku.” Julian Barnes. 

‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, bahawa aku meminta kepada-Mu sesuatu yang tidak kuketahui. Jika Engkau tidak mengampuniku dan (tidak) mengasihiku, nescaya aku termasuk orang-orang yang rugi.” (Hud:47)

Saya tinggalkan dia dan membiarkan dia terus berdoa. - Getaran, 31 Julai 2021

Semua gambar hiasan: Pexels dan Unsplash

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

4

Refleksi 8 bulan yang lalu

8 Sikap Lelaki Budiman Di Dalam Perkahwinan

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera