Berita Terkini

10 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Series Reboot: Apabila Siri Lama Kembali Bersiaran

Sejak kebelakangan ini, begitu banyak siri serta filem popular televisyen terdahulu melalui 'revival' untuk kembali menemui penonton. Nafas baru, isu baru, cerita baru. Adakah kita akan menyambutnya seperti rakan lama?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Jul 2021 1:36PM

Antara dua siri popular yang 'dihidupkan kembali', 'Sex and the City' dan 'Gossip Girl'. Gambar: Instagram @justlikethatmax dan @gossipgirl

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membaca tajuk headline dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengenai siri popular 'Sex And The City' yang bakal kembali ke kaca televisyen sementelah 17 tahun, hati ini sedikit terdetik, agak mengujakan - at least for me.

Sungguh, ia menggamit banyak nostalgia zaman muda sewaktu meniti usia 20-an. Apatah lagi waktu kemuncak populariti siri berkenaan, stail quirky keempat-empat karakter utamanya mempengaruhi trend dunia malah pementasan runway Minggu Fesyen dari New York ke London, Milan sampai Paris.

Saya sebagai media fesyen ketika itu menyaksikan sendiri revolusi fesyen (dan feminisme) dan mencatatkannya dalam banyak laporan berita.

Dari situ bermulanya cetusan permintaan kepada beraneka macam it-bag seperti baguette Fendi yang hingga kini terus menjadi antara sebilangan beg paling ikonik. Tidak lupa juga ia menjadi titik permulaan kepada kegilaan wanita terhadap killer heels hasil rekaan di Manolo Blahnik hingga ke Jimmy Choo.

Obsesi 'Sex And The City' tidak terhad kepada wanita tetapi juga lelaki. Selain fanatik terhadap fesyen yang dipaparkan saban minggu, isu-isu sensitif khususnya berkenaan intimasi juga dijadikan subjek.

Siri ini mencabar norma kebiasaan lantas membuka jalan kepada lain-lain rancangan bersiri untuk tampil dengan lebih berani. Ya, segalanya tercetus gara-gara penangan Carrie, Charlotte, Miranda dan Samantha!

Waktu itu era internet baru sahaja bermula dan orang ramai masih mengharapkan televisyen sebagai medium utama untuk menyaksikan siri serta filem kegemaran mereka.

Apabila hiburan terhad dan para peminat memberikan lebih tumpuan makanya fan base muncul jauh kukuh. Berbanding dengan hari ini, segalanya begitu polarised dengan ribuan malah jutaan kandungan hiburan yang dihidangkan begitu sahaja semudah satu klik di hujung jari.

Hiburan tidak terhad kepada rancangan bersiri atau filem sahaja, vlog persendirian turut menjadi antara sumber hiburan paling diminati oleh generasi masa kini.

Call me old fashion tetapi sampai sekarang saya masih berasa pelik dengan mereka yang melanggan kepada saluran YouTube orang perseorangan, sanggup strim dari satu video ke satu video lain seperti menonton televisyen tanpa henti. Betapa dunia ini sudah banyak berubah!

Dan sejak kebelakangan ini, selain 'Sex And The City', begitu banyak siri serta filem popular televisyen terdahulu melalui revival untuk kembali menemui penonton.

Rata-ratanya rancangan Barat, ada yang sudah berusia melebihi sedekad contohnya 'Gossip Girl' dan malah ada yang umurnya lebih dari itu seperti 'Dynasty.'

Kadangkala saya membayangkan bagaimanalah agaknya ya jikalau siri-siri drama Melayu lama dihasilkan semula. Masih ingat siri 'Opah' atau 'PJ Holdings'? I think it’s high time these iconic Malay dramas get their very own reboots!

Selain reboot, tidak kurang juga rancangan lama yang cuma menganjurkan perjumpaan semula sebagaimana dilakukan oleh siri sitkom, 'Friends' menerusi 'Friends: The Reunion.'

Saya bukan peminat sitkom dan saya mungkin seorang daripada jutaan yang tidak meminati 'Friends'. Namun ternyata majoriti peminatnya masih setia menanti kemunculan semula kepada siri popular ini. Persoalan yang dianjurkan kemudiannya adalah sejauh manakah bezanya dengan yang asal.

Memasuki era baru, mana-mana siri lama yang mahu memulai penggambaran baru haruslah memastikan segenap aspek diperincikan terlebih dahulu.

Bukan sekadar dalam bab fesyen semata-mata, tetapi pengisian yang tepat amat penting agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang memungkinkan timbulnya kontroversi yang tidak diingini. Segalanya perlu lebih updated menurut ukuran nilai hari ini.

Barisan pelakon yang terpilih perlu ada kepelbagaian daripada faktor bangsa, warna kulit malah dari segi sex preference di mana kita boleh lihat pada kebanyakan cerita Barat hari ini pastinya ada watak LGBT.

Barulah dikira inclusive apabila ada representasi daripada setiap ‘identiti’. Mungkin ada di kalangan peminat asal berasa kurang selesa dengan kemunculan sesetengah watak non-binary namun konsep berkenaan diterima akal pula oleh penonton sekarang.

Jalan cerita dan plot pula mesti segar yakni selari dengan fahaman semasa dalam memenuhi keperluan gaya hidup generasi masa kini.  Konsep kebebasan dan keterbukaan, termasuklah aspek politik memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan rancangan hari ini dalam memancing minat penonton baru.

Apabila saya menonton kembali reruns siri-siri popular dulu, memang amat jelas kebanyakannya tidak menepati standard generasi masa kini yang begitu obses dengan cancel culture dan lain-lain lagi new age ideology.

Mesej ‘kemanusian’ yang dilaungkan pada hari ini wajib diselitkan dalam setiap siri reboot sebagai sebahagian plot cerita. Perlu ada inclusivity, diversity dan equality. Tiga faktor ini adalah sangat penting.

Begitulah senario industri hiburan Barat sekarang ini yang cukup progresif walau pun tidak semestinya kita bersetuju dengan corak pemikiran mereka.

Kita di Malaysia ini pula perlulah berpada-pada agar jangan sampai keterlaluan melangkaui batas adab dan agama. Jangan sesekali culas pada tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa. Walaupun seikhlasnya bagi saya, kita masih lagi terkebelakang dalam aspek diversity.

Representasi kepelbagaian kaum dan budaya masih kurang di dalam drama serta filem hari ini, tidak seperti yang kerap kali di paparkan dalam filem-filem sekitar tahun 80-an dan 90-an dahulu.

Ingatkah anda akan keharmonian gabungan dinamik watak-watak Melayu, Cina dan India di dalam filem-filem seperti Ali Setan hingga ke Gila-Gila Remaja? Sebagaimana tagline, 'Filem Kita Wajah Kita', today we seem to be losing the plot.

Ahh… satu lagi topik berat. Mungkin untuk perbincangan di lain hari. - Getaran, 18 Julai 2021

Azroy dan rakan-rakan dari filem 'Gila-gila Remaja'. Gambar Fail
Azroy dan rakan-rakan dari filem 'Gila-gila Remaja'. Gambar Fail

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

2

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar โ€“ Saksi

3

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini โ€“ Rafizi

4

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

5

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

6

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz